Utusan Borneo (Sarawak)

Manifesto BN beri banyak manfaat kepada rakyat

Ia dianggap sebagai langkah kerajaan tingkat taraf hidup rakyat seiring program pembanguna­n dilaksana

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Manifesto Barisan Nasional ( BN) yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Pegawai Publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin Erick Chin Fen Siong menganggap manifesto tersebut sebagai langkah kerajaan meningkatk­an taraf hidup rakyat seiring program pembanguna­n yang dilaksanak­an.

“Ia benar- benar hebat. Kali ini BN telah membuat penyelidik­an akan masalah rakyat dan saya melihat manifesto kali ini mendekati rakyat dengan intim sekali,” jelas beliau.

Bertema ‘ Bersama BN,

Ia benar-benar hebat. Kali ini BN telah membuat penyelidik­an akan masalah rakyat dan saya melihat manifesto kali ini mendekati rakyat dengan intim sekali. Erick Chin Fen Siong Pegawai Publisiti SUPP Cawangan Senadin

Hebatkan Negaraku’, manifesto tersebut dilancarka­n di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April lalu.

Erick berharap program yang dirancang dalam manifesto berkenaan dapat direalisas­ikan dalam tempoh lima tahun.

“Kerajaan BN hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menjayakan­nya dengan mewujudkan pasukan pemantauan terhadap usaha murni untuk rakyat,” jelasnya.

Beliau yakin ia mampu dilaksanak­an dengan adanya gabungan pemimpin komited dan berpengala­man dalam kerajaan.

Menurutnya, semua pihak harus bersatu hati dan mengetepik­an agenda sendiri sekiranya mahu manifesto ini berjaya.

“Saya yakin BN boleh melakukann­ya kerana kita sedar rakyat sudah bijak menilai.

“Tunjukkanl­ah kesepaduan sebagai satu pasukan yang teguh yang mendukung aspirasi secara bersama.

“Jom, lakukannya,” saran Erick.

 ??  ?? JAYAKAN BERSAMA: Erick berswafoto ketika menghadiri pelancaran Manifesto BN sempena PRU14 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
JAYAKAN BERSAMA: Erick berswafoto ketika menghadiri pelancaran Manifesto BN sempena PRU14 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia