Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera Unit Bumiputera UPP Bawang Assan bersedia

-

SIBU: Unit Bumiputera Parti RakyatBers­atu(UPP) Bawang Assan bersedia menggerakk­an jentera untuk berkempen membantu Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusin­ya Andrew Shilling berkata, Unit Bumiputera UPP Bawang Assan juga bersedia membantu calon BN di Parlimen Sibu, seterusnya merampas kerusi tersebut daripada pihak pembangkan­g.

“Jentera Unit Bumiputera UPP Bawang Assan telah bersedia untuk menghadapi PRU kali ini, lebih-lebih lagi dalam membantu calon BN di Parlimen Sibu,” ujarnya.

Andrew berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan lebih 20 ketua zon Bumiputera UPP Bawang Assan di sini, semalam.

Mesyuarat antara lain membincang­kan persiapan terakhir parti dalam membantu jentera kempen calon BN, khususnya yang akan bertanding di Parlimen Sibu.

Menurut Andrew lagi, sebagai parti mesra BN, adalah menjadi tanggungja­wab UPP untuk menyokong serta membantu siapa juga calon BN yang akan bertanding pada PRU ini.

“Ini kerana keutamaan kita kini adalah untuk membantu BN memenangi lebih banyak kerusi, terutama kerusi Parlimen Sibu dan Lanang yang dikuasai pembangkan­g sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua ahli Unit Bumiputera di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Bawang Assan agar berdiri teguh di belakang BN.

Parlimen Sibu terdiri daripada kerusi DUN Bawang Assan, DUN Nangka dan DUN Pelawan.

Pada PRU13 yang lepas, Parlimen Sibu dimenangi calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Oscar Ling.

 ??  ?? SEDIA: Andrew (duduk, tiga kanan) bersama ketua-ketua zon Unit Bumiputera UPP Bawang Assan selepas mesyuarat di Sibu, semalam.
SEDIA: Andrew (duduk, tiga kanan) bersama ketua-ketua zon Unit Bumiputera UPP Bawang Assan selepas mesyuarat di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia