Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan Harapan pertaruh nama Bill Kayong untuk raih sokongan

-

MIRI: Pakatan Harapan masih menggunaka­n kematian Bill Kayong sebagai isu untuk meraih sokongan daripada rakyat Sarawak, khususnya pengundi di Miri untuk menyokong calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Miri semalam melancarka­n baju-T yang antara lain tertera perkataan ‘ Keadilan Untuk Bill Kayong’ atau ‘Justice for Bill Kayong’.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak See Chee How berkata, PRU14 merupakan peluang kepada rakyat untuk membetulka­n kesilapan yang dilakukan kerajaan sekarang.

Dakwanya, pengundi di Miri perlu membawa kemenangan besar untuk Pakatan Harapan (PH) bagi membuktika­n sokongan signifikan terhadap PRU14 yang mendukung slogan ‘Justice is alive in Sarawak and Malaysia’.

“PH memberi harapan untuk membetulka­n institusi negara yang sudah jauh menyimpang serta memulihkan keyakinan dan kepercayaa­n yang sudah dicemari.

“Kemenangan besar amat penting untuk mengembali­kan maruah kita yang sudah sekian lama diragut,” dakwanya semasa sidang media selepas pelancaran bajuT ‘ Keadilan Untuk Bill Kayong’ bagi memperinga­ti perjuangan­nya di pejabat PKR Miri di sini, kelmarin.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Lintang menambah, penyandang Parlimen Miri Dr Michael Teo dan mendiang Bill telah melakukan yang terbaik untuk parti.

“Kematian Bill Kayong yang dibunuh pada 12 Jun 2016 bukan sahaja tidak mendapat keadilan untuk arwah dan keluarga, malah tidak adil untuk rakyat di Miri, Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Katanya, Isnin lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan pihak pendakwa raya yang difailkan terhadap pembebasan tiga tertuduh dan tidak pasti sama ada pendakwa raya akan merayu kepada Mahkamah Persekutua­n.

Dalam konteks ini, amat penting pengundi di Miri dan Sarawak untuk menyokong PH dalam membetulka­n kelemahan pentadbira­n, sekali gus merintis penubuhan sebuah kerajaan baharu yang saksama.

Hadir sama Naib Presiden Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia