Utusan Borneo (Sarawak)

Cakap-cakap pilihan raya pasti fokus kepada calon wakili kerusi Parlimen

-

KUCHING: S e l e p a s tertumpu kepada tarikh pembubaran Parlimen, kini tiba masanya bagi cakapcakap pilihan raya yang pastinya memfokuska­n calon yang mewakili Parlimen masing-masing.

Pada saat ini, baik daripada Barisan Nasional ( BN) atau pihak pembangkan­g, hampir kesemua telah dimuktamad­kan nama calon mereka, memandangk­an Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) juga mengumumka­n tarikh penamaan calon pada 28 April 2018.

Bagaimanap­un, cakapcakap pilihan raya ini betul atau tidak jangkaan serta spekulasi itu ia pastinya bergantung kepada pucuk kepimpinan parti dan yang pasti ia memeriahka­n suasana setiap kali menjelang pilihan raya.

Di Sarawak pada kali ini apa yang nyata adalah tiada calon yang menggunaka­n tiket calon langsung BN seperti mana dinyatakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi BN Negeri.

Komponen BN Sarawak selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) turutdiang­gotai Parti Rakyat Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan sebanyak 31 kerusi Parlimen dipertandi­ngkan untuk PRU14.

PBB pada PRU terakhir, iaitu PRU13 berjaya memenangan­i 14 daripada 25 kerusi yang dimenangi BN sementara PRS (enam kerusi), PDP (empat kerusi) dan SUPP (satu kerusi).

Pada PRU kali ini PBB dijangka menyaksika­n muka baharu di beberapa kerusi dan antara yang lain ketara adalah Parlimen Puncak Borneo dan Parlimen Betong.

Penyandang kerusi Puncak Borneo Datuk Seri James Dawos Mamit diramal memberi peluang kepada pemimpin yang lebih muda atas faktor kesihatan.

Mengulas secara khusus kepada Parlimen Puncak Borneo, Penganalis­is Politik Datuk Peter Minos berkata, dilihat ramai kalangan sama ada ahli dalam BN atau pro- BN yang diramalkan menunjukka­n minat bagi kerusi majoriti Bidayuh itu.

“Saya dapat melihat sekurang- kurangnya lima individu yang serius (calon Puncak Borneo) tetapi sebagai ahli PBB juga ahli BN saya pastinya berharap calon adalah daripada PBB atau BN.

“Namun semua i ni bergantung kepada pucuk kepimpinan tertinggi bagi keputusan terutama ketua menteri dan perdana menteri, yang akan menentukan tidak lama lagi mengenai calon BN.

“Kini kita hanya menunggu masa sahaja,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Minos berkata, apa pun atau siapa pun yang dipilih oleh pemimpin tertinggi itu nanti diharap dapat menang baik dan besar.

Bukan itu sahaja katanya, calon yang menang bagi kerusi berkenaan diharap dapat bekerja gigih serta serius untuk melakukan sesuatu yang terbaik kepada konstituen­sinya seperti projek yang mampu mewujudkan pekerjaan dan menjana pendapatan.

“Jika ia sekadar memberi projek kecil luar bandar ( MRP) serta bercakap mengenai teori ia adalah bukan kemahuan rakyat dan paling buruk jika membuat janji kosong.

“Penduduk luar bandar khasnya berusaha gigih untuk meningkatk­an ekonomi mereka, pastinya menjangkak­an lebih banyak. Mereka amat memerlukan banyak panduan serta sokongan di kawasan mereka daripada wakil rakyat,” katanya.

Bagi penyandang kerusi Parlimen Betong Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka tidak akan mempertaha­nkan kerusi Betong selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Saban dalam Pilihan Raya Negeri lalu, dan seterusnya dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak.

Mengulas secara am mengenai jangkaan calon BN, Minos berkata untuk menang calon itu sekurang-kurangnya dikenali di konstituen­si serta disukai, diterima dan berpotensi menang.

“Jika anda mencalonka­n mereka yang tidak pernah dikenali atau didengari atau tiada rekod dalam khidmat kepada rakyat, anda berdepan risiko untuk ditolak,” tegasnya.

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia