Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat di Parlimen Stampin diseru kembali menyokong calon BN

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menyeru rakyat di Parlimen Stampin agar mengembali­kan sokongan kepada calon Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Menurut beliau, mandat daripada rakyat di konstituen­si ini kepada BN amnya amat penting bagi membolehka­n usaha membawa pembanguna­n di kawasan itu dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Sekarang kawasan ini cuma ada satu enjin dan kita perlukan dua enjin supaya lebih kuat dan peruntukan pun berganda.

“Saya yakin kalau Ahli Parlimen Stampin daripada BN selepas ini, kebanyakan masalah akan dapat selesai,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada program ‘ walkabout’ bersama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi di Kampung Bukit Panchor, di sini semalam.

Bagaimanap­un, Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menjelaska­n bahawa sokongan daripada Bumiputera sahaja tidak mencukupi untuk memberi kemenangan kepada BN.

Katanya, ia memandangk­an pengundi Bumiputera di kawasan berkenaan hanya 35 peratus kerana 65 peratus adalah pengundi Cina.

“Seratus peratus pengundi Bumiputera mengundi BN tidak cukup untuk kita merampas kembali Stampin… kami memerlukan sokongan daripada pengundi Cina dan saya berharap mereka akan kembali,” katanya.

Dr Sim menjelaska­n bahawa rakyat di Stampin akan terus kerugian jika mengundi pembangkan­g kerana mereka tidak dapat membawa apa-apa pembanguna­n di kawasan termasuk dalam menjaga kebajikan rakyat.

Parlimen Stampin kini disandang Julian Tan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) setelah menyingkir­kan penyandang terdahulu, Datuk Yong Khoon Seng pada PRU13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia