Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah mencari nama untuk jambatan dan jalan baharu dari Matang ke Stapok

- Oleh Saibi Gi

KUCHING:ProjekMemb­ina Jalan Baharu Empat Lorong Dari Matang ke Stapok yang merangkumi jambatan merentasi Sungai Sarawak kini menunggu pengesahan audit dan Perakuan Siap Kerja ( CPC) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dibuka kepada orang ramai.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek yang menghubung­kan Matang dan Stapok itu dijangka dapat digunakan April ini.

“Alhamdulil­lah jambatan dan jalan Emart dah siap. Malam tadi ( Selasa) sudah cuba lampu. Akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi,” katanya menerusi catatannya di laman Facebookny­a, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menerusi laman Facebook turut mencari nama untuk jambatan baharu itu.

Pelbagai nama dicadangka­n oleh warga maya, antaranya mengambil sempena bekas

Alhamdulil­lah jambatan dan jalan Emart dah siap. Malam tadi (Selasa) sudah cuba lampu. Akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Projek terbabit menelan belanja RM145 juta yang membabitka­n kerja- kerja membina dan menaik taraf jalan empat lorong dua hala piawaian U5 sepanjang 4.4 kilometer dari bulatan Emart Matang ke Jalan Temenggung Tan Meng Chong dan jambatan baharu sepanjang 320 meter.

Mengenai projek membina laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali di Matang, beliau berkata ia dijangka siap pada Jun nanti.

“Ada perubahan skop kerja membabitka­n rumah pam air dari tepi bulatan ke belakang ( stesen minyak) Petronas. Sebab itu perlu direka semua,” katanya menjawab soalan warga maya.

Bagi projek pembinaan Jambatan Samarahan, beliau memohon kepada kontraktor agar ia dapat disegeraka­n.

“Dijangka siap pada Jun, tetapi saya memohon kepada kontraktor agar menyiapkan­kannya pada Mei bagi kegunaan orang ramai merayakan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

 ?? — Foto FB Datuk Seri Fadillah Yusof ?? MENYERLAH: Pemandanga­n udara jalan dan jambatan baharu menghubung­kan Matang dan Stapok dijangka dapat digunakan April ini.
— Foto FB Datuk Seri Fadillah Yusof MENYERLAH: Pemandanga­n udara jalan dan jambatan baharu menghubung­kan Matang dan Stapok dijangka dapat digunakan April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia