Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek keselamata­n di tempat kerja wajib diutamakan semua majikan

-

KUCHING: Aspek keselamata­n di tempat kerja wajib diutamakan oleh semua majikan termasuk pemain industri dalam pelbagai sektor.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia bagi mengelakka­n sebarang kemalangan berlaku di tempat kerja.

M e n u r u t b e l i a u , kemalang-an yang berlaku disebabkan faktor kecuaian manusia bukan hanya menyebabka­n kecederaan atau kehilangan nyawa tetapi juga kerugian kepada negara.

“Atas sebab itu, saya menggesa majikan termasuk pemain industri dalam pelbagai sektor tanpa mengira syarikat kecil atau besar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n di organisasi masing-masing.

“Dan salah satu caranya ialah dengan membudayak­an amalan terbaik di tempat kerja sejak dari mula lagi. Dengan cara ini, sudah pasti aspek keselamata­n akan dapat ditekankan malah mendorong para pekerja untuk lebih produktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi- kan Seminar Amalan Terbaik Dalam Meningkatk­an Keselamata­n Industri dan Produktivi­ti anjuran syarikat IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Rundi melahirkan rasa bangga dengan IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd kerana berjaya mengumpul ramai pemain industry dalam pelbagai sektor untuk berbincang mengenai kecekapan dan keselamata­n menerusi kemajuan teknologi produk hari ini.

“Harapan saya seminar seumpama ini akan memberi manfaat untuk pemain industri dalam pelbagai sektor ke arah pembentuka­n budaya keselamata­n menyeluruh di tempat kerja,” katanya.

Beliau dalam pada itu, mahu pemain industri dalam pelbagai sektor di negeri ini bersama kerajaan negeri membangunk­an ekonomi Sarawak ke arah sebuah negeri maju dengan rakyat berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Di Sarawak, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk mentransfo­rmasikan ekonomi negeri i ni kepada ekonomi digital yang akhirnya dapat meningkatk­an taraf hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Buktinya, banyak projek pembanguna­n telah dan sedang kita laksanakan dan bagi memastikan ia dapat dilaksanak­an dengan jayanya, saya menyaranka­n semua pemain industri dalam pelbagai sektor mengambil bahagian dalam membangunk­an negeri ini,” katanya.

Turut hadir Pengerusi IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd Datuk Patrick Liew dan Pengarah Urusan IDEMCO Sdn Bhd, Kuala Lumpur Allen Chiang.

 ??  ?? KENANGAN: Dr Rundi merakam kenangan bersama Patrick (tiga kanan) dan Allen (dua kanan) serta tetamu lain pada Seminar Amalan Terbaik Dalam Meningkatk­an Keselamata­n Industri dan Produktivi­ti di Kuching, semalam.
KENANGAN: Dr Rundi merakam kenangan bersama Patrick (tiga kanan) dan Allen (dua kanan) serta tetamu lain pada Seminar Amalan Terbaik Dalam Meningkatk­an Keselamata­n Industri dan Produktivi­ti di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia