Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan untuk rakyat akan bertambah jika BN menang

-

MARUDI: Jumlah bantuan untuk rakyat khususnya penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bertambah pada tahun depan, jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) pada 9 Mei depan dan kembali memerintah.

Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, jika BN menang pada PRU14 ini maka ada berita baik untuk penerima BR1M mulai tahun hadapan.

Ini kerana katanya, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Manifesto BN berjanji akan menaikkan jumlah bantuan daripada RM1,200 kepada RM2,000, bantuan RM900 kepada RM1,500 dan bantuan RM450 kepada RM700.

“Jika anda mahu melihat rakyat menerima kenaikan dan menikmati bantuan tersebut, maka BN mesti menang pada PRU14 kelak,” jelasnya.

Gerawat memberitah­u demikian semasa berucap pada penyerahan BR1M kepada 332 penerima daripada 39 kampung dan rumah panjang di kawasan DUN Mulu serta 10 kampung dan rumah panjang dalam DUN Marudi di sini, semalam.

Sebanyak RM334,350 telah diagihkan kepada penerima dari kedua-dua kawasan berkenaan.

Menurut Gerawat lagi, BR1M salah satu cara kerajaan membantu rakyat khususnya golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah mengurangk­an bebanan mereka ekoran kenaikan harga barang, khususnya yang tidak bersubsidi dan dikurangka­n subsidinya serta pelbagai keperluan lain.

Dalam perkembang­an sama, beliau menasihati penerima BR1M supaya membelanja­kan duit bantuan itu dengan baik dan membeli barang keperluan sahaja.

Katanya, mereka yang menerima BR1M juga harus mempunyai usaha dan inisiatif untuk menambah pendapatan termasuk menceburi perniagaan atau mendapatka­n kerja sampingan untuk memperbaik­i ekonomi masing-masing.

“Ini kerana kita tidak dapat bergantung kepada BR1M semata-mata kerana kita tidak akan menerima BR1M selamalama­nya.

“J a n g a n s e n t i a s a mengharapk­an BR1M sehingga tidak mahu bekerja, sebaliknya mula lakukan sesuatu untuk menggandak­an jumlah tersebut seperti menceburi perniagaan walaupun bermula secara kecilkecil­an,” tambahnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong serta ketua-ketua jabatan dan ketuaketua masyarakat setempat.

Pada majlis yang sama, Gerawat turut menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Poyut, manakala PIBG SK Sungai Brit menerima RM8,000, Persatuan Hokkien Baram RM10,000 dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi RM20,000.

 ??  ?? TINJAU: Gerawat (empat kiri) ceria melihat pengurusan yang baik di kaunter penyerahan baucar BR1M di Marudi semalam.
TINJAU: Gerawat (empat kiri) ceria melihat pengurusan yang baik di kaunter penyerahan baucar BR1M di Marudi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia