Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak harus memberi mandat berterusan kepada BN: Lo

-

KUCHING: Rakyat Sarawak harus memberi mandat berterusan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin kerajaan, kata ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Menurut beliau, mandat ini sangatpent­ingdalamme­nentukan perpaduan di negeri ini dapat dipelihara.

“Sebagai sebuah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum, perpaduan merupakan prasyarat utama bagi memastikan negeri kita aman dan stabil.

“Oleh itu, perpecahan mestilah dielakkan manakala perpaduan mesti diperkukuh­kan.

“Kita mesti sedar bahawa kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memilih untuk terus bersatu padu dalam negeri yang tercinta ini,” katanya.

Beliau menegaskan demikian pada majlis ‘walkabout’ bersama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi di Kampung Bukit Panchor, di sini semalam.

Menurut Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan ( MPP), secara realitinya rakyat Sarawak telah membuktika­n kepada dunia bahawa perpaduan dalam kepelbagai­an adalah kunci kejayaan serta meletakkan negeri ini setanding dengan negeri-negeri lain.

Justeru, beliau mengingatk­an rakyat agar dalam menghadapi apa jua situasi yang berlaku sama ada dari segi politik mahupun ekonomi, hendaklah sentiasa bersatu hati dan berpadu tenaga untuk memastikan Sarawak terus aman dan makmur.

“Harus diingati, kesejahter­aan dan keamanan yang sedang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada sikap hormat menghormat­i dan bertoleran­si antara rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Maka itu, janganlah kita berpecah belah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia