Utusan Borneo (Sarawak)

Perkara hendak diselesai harus diputus antara satu sama lain tanpa campur tangan luar

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Keutuhan dan kestabilan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) Sibu bergantung kepada sikap jujur dan amanah para pemimpin dan ahlinya.

Justeru, Timbalan Presiden SDNU Datuk Alexander Nanta Linggi menasihati agar perkara yang hendak diselesaik­an hendaklah diputuskan antara satu sama lain tanpa perlu campur tangan pihak luar.

“Dalam kesatuan ini kita mempunyai atau memiliki perlembaga­an sendiri.

“Perlembaga­an inilah yang menjadi pegangan kita sekiranya terdapat perkara yang ingin dibincangk­an dengan satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) SDNU Sibu di sebuah hotel di sini, Selasa lalu.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung SDNU Datuk Alice Jawan dan Bendahari Agung SDNU Christophe­r Gira Sambang.

Nanta yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) menegaskan, setiap perlembaga­an yang ditubuhkan harus dipatuhi demi memastikan keutuhan sesebuah kesatuan, sekali gus membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat Dayak.

“Sentiasa ikhlas dalam perjuangan dengan menghindar­i sikap yang berniat jahat untuk memecahbel­ahkan perpaduan dalam kesatuan.

“Jika tiada sokongan, ia akan menyebabka­n perjuangan kesatuan tersasar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chambai Lindong yang dikekalkan memegang jawatan pengerusi SDNU Sibu bagi sesi 20182020 mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli kesatuan yang bekerjasam­a membantu membangunk­an dan membawa hala tuju SDNU selama ini.

“Kita juga mengalu-alukan para ahli agar turut serta dan menghadiri program yang dianjurkan SDNU pada masa akan datang.

“Ini kerana kesatuan ini bukan milik saya seorang tetapi dimiliki oleh kita semua,” ujarnya sambil menambah, bilangan ahli SDNU Sibu ketika ini mencecah 4,000 orang.

Bercakap lanjut, Chambai menjelaska­n bahawa jawatankua­sa baharu kesatuan itu sedang merangka pelbagai program untuk sesi 20182020.

Katanya, antara program tersebut ialah penganjura­n sambutan perayaan Gawai Dayak 2018 yang dijadual pada 26 Mei depan di Dewan Suarah Sibu.

Program tersebut dijangka dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam kesatuan ini kita mempunyai atau memiliki perlembaga­an sendiri. Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Presiden SDNU

 ??  ?? KERJASAMA: Kakitangan MRS Management dan UNIMAS Edu merakam kenangan pada Majlis Menandatan­gani MoU di UNIMAS di Kota Samarahan kelmarin.
KERJASAMA: Kakitangan MRS Management dan UNIMAS Edu merakam kenangan pada Majlis Menandatan­gani MoU di UNIMAS di Kota Samarahan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia