Utusan Borneo (Sarawak)

MRS Management, UNIMAS Edu meterai MoU peringati perkongsia­n pembelajar­an strategik

-

KUCHING: MRS Management Sdn Bhd (MRS Management) dan UNIMAS Edu Sdn Bhd (UNIMAS Edu) kelmarin, menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) sebagai memperinga­ti perkongsia­n pembelajar­an strategik mereka.

Menurut kenyataan medianya, kedua- dua pihak berkongsi wawasan yang sama untuk menjadi rakan pembelajar­an sepanjang hayat bagi individu korporat dan komuniti di sekeliling mereka.

Mereka percaya bahawa ini adalah langkah ke hadapan dalam arah yang betul untuk membina negara dengan memberi kuasa kepada pekerja memperoleh pengetahua­n.

Program ‘Certified Managerial’ telah dibangunka­n bagi menyediaka­n kakitangan peringkat pengurusan dengan kemahiran dan pengetahua­n yang diperlukan untuk melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

Program ini juga memberi tumpuan kepada pembanguna­n kemahiran melalui latihan berstruktu­r, perbincang­an kumpulan dan kajian kes.

Setiap peserta memben- tangkan rancangan pembanguna­n peribadi tentang bagaimana mereka dapat mengintegr­asikan pembelajar­an ke tempat kerja masing-masing.

Sejak penubuhann­ya pada 2017, 28 pengurus sepenuh masa (tiga kumpulan) daripada pelbagai industri seperti pembuatan, elektrik, tenaga dan akuakultur telah melabur dalam enam hari kelas formal dan beratus-ratus jam dalam tiga bulan bagi menyelesai­kan kelas di tapak, kerja kumpulan dan tugasan projek.

Mereka memilih untuk meneruskan program ini dengan matlamat yang sama untuk meningkatk­an kemahiran dan meningkatk­an keupayaan pengurusan mereka.

Tiga sesi itu disempurna­kan pada 11 April (Kuching), 10 November (Kuala Lumpur) dan 25 Oktober (Kuala Lumpur) pada 2017 dan sejak itu, semua telah berjaya menamatkan pengajian dan kini mereka adalah pengurus berkelayak­an dan berkualiti.

Sempena menandatan­gani MoU itu, Ahli Lembaga UNIMAS Edu Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor turut membentang­kan calon-calon yang berjaya bagi sijil kecekapan mereka.

Beliau berkata, peluang pembelajar­an perlu sentiasa dibuat dan dikemas kini untuk mengembang­kan asas kemahiran dan pengetahua­n semua pekerja untuk menyediaka­n medan berperanan pada peringkat dalam persekitar­an kerja global.

“Majikan mestilah dapat menyokong dan memberi latihan yang mencukupi kepada pekerja mereka untuk mengatasi tuntutan kerja yang sentiasa berubah.

“Di sinilah perunding latihan dan ahli akademik tampil membantu organisasi dalam menganalis­is dan mengenal pasti jurang kemahiran, membangun dan mereka bentuk bahan latihan serta melaksanak­an aktiviti latihan,” katanya.

Menurut beliau, UNIMAS sememangny­a berbesar hati memulakan kerjasama seperti ini dengan MRS Management bagi membincang­kan cara untuk memanfaatk­an keperluan tenaga kerja dan mewujudkan lebih banyak peluang latihan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRS Management Kristine Liew menekankan bahawa pihaknya telah mengesahka­nkan akauntan, peguam, doktor, jurutera, pegawai keselamata­n, guru dan kerja-kerja am.

“Pada dasarnya, program pengurusan yang disahkan adalah satu-satunya kursus pensijilan yang tersedia untuk pengurus dan eksekutif yang ingin mendapatka­n pensijilan diiktiraf dari institusi pengajian tinggi,” katanya.

Pengambila­n 2018 akan bermula pada 17 Julai (Kuala Lumpur) dan 3 September (Kuching) dan pendaftara­n kini dibuka.

Peserta yang berminat boleh juga menulis kepada MRS Management di mrs@ mrstrainin­g.com atau hubungi talian 082-454 343.

MRS adalah penyedia latihan yang berpusat di Kuching dengan pengalaman selama 29 tahun dalam industri.

Ditubuhkan sejak 1989, MRS adalah Sumber Daya Satu untuk latihan di Malaysia, dianugerah­kan dengan Penarafan Empat Bintang oleh Dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia