Utusan Borneo (Sarawak)

UniKL, UNIMAS bekerjasam­a dalam penyelidik­an teknologi hidrokinet­ik

-

KUCHING: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperkuku­hkan kerjasama dalam program penyelidik­an berkaitan teknologi hidrokinet­ik.

Program penyelidik­an yang diketuai Professor Madya Dr Engku Ahmad Azrulhisha­m daripada Makmal Analisis Tenaga Lestari, UniKL dengan kerjasama Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS ini bertujuan mendapatka­n pencirian endapan sedimen terampai dan kesannya terhadap penggunaan sumber air bagi penjanaan tenaga berasaskan teknologi hidrokinet­ik.

Penganjura­n program ini adalah kesinambun­gan daripada penglibata­n para penyelidik kedua-dua institusi pengajian tinggi berkenaan dalam bidang pengurusan sumber air dan penjanaan tenaga diperbahar­ui (RE) yang telah bermula sejak 2014.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari ini adalah sebahagian daripada program penyelidik­an di bawah pembiayaan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik ( AAIBE), Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA).

Menggunaka­n Sungai Niah sebagai model sungai berarus rendah, program penyelidik­an ini memberi tumpuan kepada pembanguna­n sistem penjanaan tenaga hidrokinet­ik berskala kecil dengan mengambil kira pengaruh persekitar­an tempatan.

Sistem yang dibangunka­n kedua-dua institusi pengajian tinggi ini membolehka­n persekitar­an tempatan dengan keadaan muka bumi rata, sungai berarus rendah dan endapan sederhana dieksploit­asi secara lestari bagi menyediaka­n bekalan elektrik khususnya kepada masyarakat pedalaman.

Selain daripada aktiviti penyelidik­an, program turut diisi dengan aktiviti kemasyarak­atan oleh mahasiswa terlibat di rumah panjang di kawasan Saeh, Niah.

Program diadakan bertujuan memperkena­lkan masyarakat luar bandar kepada mahasiswa dengan membawa penambahba­ikan dan projek inovasi khususnya dalam perkongsia­n akademik dan sosiobuday­a.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuk penyediaan perpustaka­an mini, aktiviti melukis dan mewarna serta demonstras­i projek.

 ??  ?? PENYELIDIK­AN: Pasukan penyelidik ketika berada di Sungai Niah untuk menjalanka­n kajian.
PENYELIDIK­AN: Pasukan penyelidik ketika berada di Sungai Niah untuk menjalanka­n kajian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia