Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran pindah milik tanah tidak wujud babitkan RM689,181

-

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk’ didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang semalam atas beberapa pertuduhan memperdaya sembilan individu berhubung kos pembayaran pindah milik tanah tidak wujud yang berjumlah RM689,181 pada enam tahun lepas.

Datuk Nor Hasnal Hashmi, 49, Sayyid Walid Hasuana, 31, dan Mohd Rozali Rajiei, 48, yang kesemuanya bekas pengarah syarikat, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Nor Hasnal didakwa bagi sembilan pertuduhan, Sayyid Walid menghadapi lima pertuduhan manakala Mohd Rozali didakwa bagi empat pertuduhan.

Nor Hasnal bersama-sama Sayyid Walid didakwa memperdaya lima individu untuk mempercaya­i bahawa mereka akan memindah milik lima bidang tanah untuk pembinaan lima rumah kediaman kepada mangsa, yang mana tidak dilakukan mereka.

Kedua-dua lelaki itu mendorong lima mangsa untuk menyerahka­n wang berjumlah RM455,512 kepada Syarikat Masgenuine Alliance Holding Sdn Bhd sebagai pembayaran untuk kos pindah milik tanah yang tidak wujud.

Nor Hasnal turut didakwa atas empat pertuduhan bersama- sama Mohd Rozali melakukan perbuatan serupa terhadap empat individu lain sehingga mendorong kesemua mangsa itu menyerahka­n wang berjumlah RM233,669 kepada Syarikat Darul Hebat Holding Sdn Bhd sebagai pembayaran untuk kos pindah milik tanah yang tidak wujud.

Mereka dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di Syarikat Masgenuine Alliance Holding Sdn Bhd dan Syarikat Darul Hebat Holding Sdn Bhd di Bandar Baru Selayang di sini antara 16 Jan 2012 dan 6 Nov 2015.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin mencadangk­an wang jaminan RM230,000 terhadap Nor Hasnal yang menghadapi sembilan pertuduhan, RM130,000 ke atas Sayyid Walid bagi lima pertuduhan dan RM100,000 kepada Mohd Rozali bagi empat pertuduhan.

Peguam Saleh Ahmad dan Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Nor Hasnal, Sayyid Walid dan Mohd Rozali memohon jumlah jaminan itu dikurangka­n dengan alasan ketiga-tiga tertuduh memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang ditahan reman sehingga didakwa semalam selain bersedia dengan syarat tambahan sekiranya diperlukan.

Mahkamah kemudian membenarka­n Nor Hasnal diikat jamin RM72,000, Sayyid Walid sebanyak RM48,000 dan Mohd Rozali sebanyak RM26,000 masing- masing dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berhampira­n dua kali setiap bulan sehingga kes selesai dan dilarang mengganggu mangsa serta keluarga mangsa.

Hakim Rasyihah menetapkan 17 Mei untuk sebutan kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Tiga individu, Datuk Nor Hasnal Hashmi, 49, Sayyid Walid Hasuana, 31, dan Mohd Rozali Rajiei, 48, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang semalam atas beberapa pertuduhan memperdaya kos pembayaran pindah milik tanah tidak wujud yang berjumlah...
— Gambar Bernama DIDAKWA: Tiga individu, Datuk Nor Hasnal Hashmi, 49, Sayyid Walid Hasuana, 31, dan Mohd Rozali Rajiei, 48, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang semalam atas beberapa pertuduhan memperdaya kos pembayaran pindah milik tanah tidak wujud yang berjumlah...
 ?? — Gambar Bernama ?? PENAHANAN: APMM Daerah Tanjung Sedili menahan sebuah bot nelayan yang membawa 20 kru termasuk tekong warga Vietnam kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 22.45 batu nautika Timur Laut Tanjung Sedili dalam Ops Perkasa Selatan petang...
— Gambar Bernama PENAHANAN: APMM Daerah Tanjung Sedili menahan sebuah bot nelayan yang membawa 20 kru termasuk tekong warga Vietnam kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 22.45 batu nautika Timur Laut Tanjung Sedili dalam Ops Perkasa Selatan petang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia