Utusan Borneo (Sarawak)

Representa­si ‘Pak Su’ sumbang mahram ditolak

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menolak representa­si oleh seorang bapa saudara yang dikenali sebagai ‘Pak Su’ bagi menarik balik 587 pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan cubaan rogol terhadap tiga anak saudaranya.

Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothy, memberitah­u demikian semasa kes tertuduh yang berumur 46 tahun itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Azrul Darus yang kemudianny­a menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula kes.

Pada 2 Feb lalu, tertuduh yang merupakan seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya sendiri, sejak mangsa berusia lima tahun, pada 2010 hingga Januari 2018.

Pada 5 Feb, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu mengaku tidak bersalah atas 253 pertuduhan sama dan satu tuduhan cubaan rogol terhadap dua lagi anak saudara yang merupakan adik mangsa pertama, masing-masing antara Januari 2006 dan Disember 2013 serta antara Januari dan Disember 2017.

Bagi 587 pertuduhan sumbang mahram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi satu pertuduhan cubaan rogol dia dituduh mengikut Seksyen 376B/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun jika sabit kesalahan dan semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Ampang, Hulu Langat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia