Utusan Borneo (Sarawak)

Kongres mohon pertimbang cuti ganti 10 Mei

-

KUANTAN: Kongres Guru Dalam Perkhidmat­an Malaysia (Kongres) memohon Kementeria­n Pendidikan mempertimb­ang agar sekolah yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) diberikan cuti ganti pada keesokanny­a.

Presiden Kongres Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata ini kerana sebahagian guru yang dilantik sebagai petugas pilihan raya perlu bertugas lebih awal untuk meninjau dan mengemas bilik darjah serta dewan yang digunakan sebagai pusat mengundi.

Selain itu, ada guru yang akan bertugas di pusat penjumlaha­n undi sehingga lewat malam pada hari pengundian iaitu pada 9 Mei depan.

“Terdapat kira- kira 6,000 sekolah terlibat sebagai pusat pembuangan undi di seluruh negara. Pihak sekolah memerlukan cuti berganti bukan sahaja melibatkan hari kejadian malah sehari selepas pengundian, iaitu 10 Mei.

“Banyak tugasan yang mereka (guru) perlu lakukan seperti memastikan bilik dan dewan terlibat dengan PRU14 dikemas semula sebelum kelas bermula pada keesokanny­a,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Sabri berkata cuti ganti itu juga bertujuan memberi tempoh rehat secukupnya kepada guru untuk memastikan mereka benar-benar cergas sebelum kembali mengajar. — Bernama

Kedua-dua varieti padi ini mampu memberi hasil tuaian sehingga 10 tan per hektar sekali gus memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna tempatan. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penghasila­n padi baharu itu juga dilihat mampu menyumbang kepada kepel- ciri-ciri penting seperti tempoh matang yang singkat iaitu antara 104 hingga 106 hari untuk padi 303 dan 107 sehingga 110 hari untuk padi 307 selain rintang kepada penyakit dan serangga perosak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pengisytih­aran varieti padi tersebut di Sawah Sempadan di sini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri (MTPNg) Selangor,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia