Utusan Borneo (Sarawak)

Mampu beri hasil tuaian tertinggi, tempoh matang singkat, rintang kepada penyakit

-

TANJONG KARANG: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) semalam memperkena­lkan dua varieti padi baharu iaitu Sempadan 303 dan Sebernas 307, yang mampu memberikan hasil tuaian tertinggi kepada pesawah. bagaian varieti padi sekali gus meningkatk­an hasil pengeluara­n padi negara.

“Kedua-dua varieti padi ini mampu memberi hasil tuaian sehingga 10 tan per hektar sekali gus memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna tempatan.

“Padi ini turut mempunyai Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Datuk Mohamad Satim Diman dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Ahmad Shabery berkata sejak 1969 MARDI telah mengisytih­ar 49 varieti padi termasuk dua padi baharu itu untuk ditanam pesawah seluruh negara.

“Saya mahu semua pesawah di seluruh negara mengguna pakai teknologi yang dihasilkan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan usaha kerajaan dan Mardi dalam membangunk­an varieti padi dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Langkah itu perlu supaya tanaman padi tidak terdedah kepada serangan pelbagai penyakit seperti karah daun, karah tangkai, serangga perosak benah perang dan tikus yang akhirnya akan merugikan pesawah itu sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeria­nnya akan mengadakan perbincang­an bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) berhubung isu harga barangan input padi yang sering dimanipula­si pihak tertentu.

“Ada pihak pembekal input pertanian padi seperti baja dan racun ini menaikkan harga barangan tersebut terutamany­a ketika petani dan pesawah menerima elaun sara hidup antara musim menanam dan menuai. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL TUAIAN: Ahmad Shabery (tengah) menunjukka­n varieti padi baharu MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307 pada majlis pengisytih­aran varieti padi baharu MARDI di Sawah Sempadan, Tanjong Karang semalam.
— Gambar Bernama HASIL TUAIAN: Ahmad Shabery (tengah) menunjukka­n varieti padi baharu MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307 pada majlis pengisytih­aran varieti padi baharu MARDI di Sawah Sempadan, Tanjong Karang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia