Utusan Borneo (Sarawak)

Negeri Sembilan lancar PPA1M+ pada 26 April ini

-

SEREMBAN: Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia + ( PPA1M+), yang dikhususka­n untuk penjawat awam negeri ini, akan dilancarka­n pada 26 April ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini merupakan projek ke-13 di bawah PPA1M dan setakat ini sebanyak 10,000 unit rumah di bawah PPA1M sedang dan telah siap dibina.

“PPA1M+ ini akan dibina di atas tanah berkeluasa­n 18.211 hektar di Bandar Baru Seri Sendayan, berhampira­n dengan Pangkalan Udara Sendayan.

“Ini merupakan tanah kerajaan negeri dan kerana itu projek kali ini kita tawarkan hanya kepada kakitangan kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas merasmikan Ekspo Jualan Perumahan Edisi Negeri Sembilan, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Datuk Abdul Mutalib Alias, Pengerusi Jawatankua­sa Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata PPA1M+ itu akan menawarkan 350 unit rumah teres setingkat dan dua tingkat.

Selain Seremban, PPA1M, yang dibina khusus bagi membantu penjawat awam terutamany­a yang berpendapa­tan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah di bawah harga pasaran, turut dibina di Nilai, Port Dickson dan Jelebu.

Dalam perkembang­an lain Mohamad berkata 10,000 orang telah berdaftar dengan Portal Perumahan Negeri Sembilan, untuk membeli rumah mampu milik Jenis A, yang berharga di bawah RM80,000.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata Ekspo Jualan Perumahan - Ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya Hidup Sejahtera, yang diadakan selama lima hari bermula hari ini, menawarkan 21,000 rumah untuk pelbagai lapisan masyarakat, di mana 84 peratus daripadany­a dijual pada harga bawah RM300,000.

Beliau berkata sebanyak lapan projek perumahan yang terletak di Port Dickson, Seremban Sentral, Rantau, Senawang, Seremban Utara, Pedas dan Kuala Pilah, ditawarkan di Ekspo Perumahan ini.

Mengenai PR1MA, Abdul Mutalib berkata negeri ini mencatatka­n 70,000 orang yang berdaftar berbanding hanya 17,000 unit PR1MA yang ditawarkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Mohamad Hasan (dua kanan) melihat replika model perumahan PR1MA yang dilancarka­n pada Majlis Perasmian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandara­n Negeri Sembilan, Seremban semalam. Turut hadir Abdul Mutalib...
— Gambar Bernama TERTARIK: Mohamad Hasan (dua kanan) melihat replika model perumahan PR1MA yang dilancarka­n pada Majlis Perasmian Ekspo Jualan Perumahan Edisi Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandara­n Negeri Sembilan, Seremban semalam. Turut hadir Abdul Mutalib...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia