Utusan Borneo (Sarawak)

JMG siapkan 40 telaga tiub sejak 2016 Mengatasi masalah gangguan bekalan air dengan kos RM3.9 juta di seluruh negara

-

PEKAN: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sudah menyiapkan 40 telaga tiub membabitka­n kos kira-kira RM3.9 juta di seluruh negara sejak 2016.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG Zukeri Ab Ghani berkata pemilihan lokasi pembinaan telaga tiub ini dibuat berdasarka­n permohonan yang dikemukaka­n penduduk setempat dan maklumat daripada JMG negeri mengenai kawasan menghadapi masalah bekalan air.

Beliau berkata antara yang menerima kemudahan itu ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Darul Mak- mur di sini.

“Telaga tiub ini bukan hanya memanfaatk­an pelajar dan kakitangan sekolah tetapi juga kira-kira 5,000 penduduk sekitar jika berlaku masalah gangguan bekalan air akibat kemarau panjang.

“Ini bermakna penduduk boleh datang ke SMA Darul Makmur bagi mendapatka­n bekalan air,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian dan penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud. Turut hadir Pengarah JMG Pahang Datuk Ir Azman Ab Majid dan Pengetua SMA Darul Makmur Mohd Khalid Abdul Majid.

Zukeri berkata pihaknya menjalanka­n kajian awal pada November 2016 di kawasan sekolah berkenaan sebelum mengenal pasti lokasi sesuai untuk memulakan kerja menggali selain air yang diperoleh menjalani pemeriksaa­n kualiti dan keselamata­n.

“Pada awalnya, lokasi te- laga tiub itu mengepam air yang mengandung­i besi tidak selamat untuk digunakan. Sebab itulah, kita kena siapkan SPATR ini bagi menapis kandungan air berkenaan sebelum boleh digunakan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata pihaknya berterima kasih kepada pihak JMG Pahang dan kementeria­n berkaitan yang mendengar serta mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah dihadapi mereka.

“Sebelum ini, memang kita selalu berdepan masalah gangguan bekalan air dan ia menyukarka­n kami, terutamany­a pelajar yang berada di asrama,” katanya. — Bernama

Telaga tiub ini bukan hanya memanfaatk­an pelajar dan kakitangan sekolah tetapi juga kira-kira 5,000 penduduk sekitar jika berlaku masalah gangguan bekalan air akibat kemarau panjang. ” Zukeri Ab Ghani Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia