Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Fresia Apartment kecewa sikap tidak endah JMB

-

KUALA LUMPUR: Jalan berlubang serta tangki air yang sering rosak kerana tidak diselengga­ra oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) kini menjadi masalah yang membelengg­u penduduk di Fresia Apartment, Taman Lembah Maju di sini.

Selain jalan berlubang dan tangki air rosak, apartmen dengan 600 unit rumah itu turut mengalami keadaan lif yang sering rosak sehingga mengundang masalah kepada golongan kurang upaya dan warga emas.

Warga emas Richard Yong, 73, berkata penduduk terpaksa menggunaka­n wang sendiri untuk membaiki kerosakan jalan kerana sering berlaku kemalangan melibatkan warga emas dan kanak-kanak yang terjatuh akibat jalan berlubang.

“JMB tidak mahu bertanggun­gjawab membaiki kerosakan jalan kerana mendakwa tidak menerima bayaran penyelengg­araan sebanyak RM72 daripada setiap unit apartmen itu. Walaupun sudah membuat pelbagai aduan sejak dua tahun lalu, namun masalah kami tidak diendahkan dan akhirnya kami menguruska­nnya sendiri dengan menggunaka­n wang kami,” katanya.

Pemilik restoran Ann Pong, 53, berkata sikap JMB yang tidak mengendahk­an kebajikan penghuni apartmen itu menyebabka­n sesetengah daripada penghuni tidak mahu membayar kos penyelengg­araan bulanan.

“Sejak Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) melantik JMB baharu sejak tahun lepas, banyak alasan yang diberikan oleh JMB kepada kami apabila menbuat aduan, antaranya terpaksa menanggung bil air tertung- gak sebanyak RM40,000 dan bil elektrik sebanyak RM300,000 daripada JMB sebelum ini.

“JMB sebelum ini didapati menyalahgu­nakan wang penyelengg­araan daripada penduduk menyebabka­n kami terpaksa membuat laporan polis dua tahun lalu dan MPAJ melantik JMB baharu,” katanya.

Pong turut mendakwa segala aktiviti ataupun pengumuman yang dibuat oleh JMB baharu itu tidak dimaklumka­n kepada penghunipe­nghuni.

“Misalnya, mereka mendakwa telah mengadakan mesyuarat agung dan taklimat khas kepada penghuni-penghuni pangsapuri tetapi kami tidak dimaklumka­n mengenai perkara itu. Mereka seharusnya memberitah­u kepada semua penghuni dengan menampal notis pintu ke pintu ataupun tampal di papan kenyataan namun keduadua ini tidak dilakukan oleh mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Hwei berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan pihak JMB berhubung permasalah­an penghuni Fresia Apartment terhadap kemudahan mereka.

“Berdasarka­n Akta Bangunan dan Harta Bersama ( Penyenggar­aan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) adalah menjadi tanggungja­wab badan tersebut untuk menjaga kawasan itu dengan baik. JMB diberi amanah untuk kutip dana dan upah pekerja menguruska­n bangunan, jadi ahli jawatankua­sa perlu guna dana tersebut dengan cara betul dan bertanggun­gjawab,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia