Utusan Borneo (Sarawak)

SPNB lancar rumah idaman rakyat di Slim River

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan mengisytih­arkan 9 Mei, iaitu hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehka­n rakyat Malaysia menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan semalam menegaskan pelaksanaa­n pilihan raya pada tarikh berkenaan, yang jatuh pada hari Rabu dan hari bekerja, bukanlah sesuatu yang baharu.

Menurutnya, rekod PRU sebelum ini menunjukka­n bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU1 (1959), PRU6 (1982), PRU9 (1995) dan PRU10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu,” katanya.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Mohd Hashim berkata pemakluman awal berkenaan tarikh PRU14 itu juga membolehka­n para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan.

Sejajar dengan pengumuman cuti oleh kerajaan itu, Mohd Hashim mengingatk­an majikan yang masih meneruskan operasi pada hari mengundi, bahawa mereka dikehendak­i memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi yang bekerja untuk keluar mengundi.

Beliau memetik peruntukan Subseksyen 25 (1) Akta Kes- alahan Pilihan Raya 1954.

“25 (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarka­n suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadany­a apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”.

Menurutnya, majikan yang tidak membenarka­n pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda RM5,000 atau satu tahun penjara seperti yang diperuntuk­kan di bawah subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam pada itu, Mohd Hashim turut menyeru serta menggalakk­an pihak majikan untuk menggunaka­n budi bicara bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja mereka yang dilantik sebagai petugas PRU14. — Bernama SLIM RIVER: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatny­a, SPNB Idaman Sdn Bhd ( SISB) semalam melancarka­n pembinaan 454 unit Rumah Idaman Rakyat dengan kos kira-kira RM120 juta di sini.

Pengerusi SPNB, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata pembinaan 14 unit rumah kedai , 154 unit rumah teres dan selebihnya pangsapuri dan kondominiu­m itu dijangka akan mengambil masa selama 24 bulan untuk disiapkan dan pembinaann­ya akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Malah kata beliau, Perak merupakan antara negeri terkehadap­an dalam menyambut hasrat SPNB untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.

“Rumah Idaman Rakyat melalui SISB ini kita lakukan melalui pendekatan holistik dengan bekerjasam­a dengan mana-mana kerajaan negeri yang boleh memberi tanah pada harga premium rendah untuk kita bangunkan dan setakat ini kita sudah buat empat projek di Terengganu.

“Perak antara negeri terkehadap­an dalam perkara ini. Namun, ada negeri kita tak dapat respons langsung iaitu Selangor dan Pulau Pinang, sedangkan di Kelantan pun ada perbincang­an dibuat kerana dalam hal rumah ini, kita buta warna. Orang PAS ke, UMNO ke, PKR ke, asal rakyat dan dia nak rumah jadi kita akan buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pembanguna­n Rumah Idaman Rakyat oleh Ketua Bahagian UMNO Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi SISB, Datuk Seri Ahmad Kabit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Abdul Latiff yang juga Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), mendakwa tindakan Selangor dan Pulau Pinang yang langsung tidak memberi maklum balas atas permintaan SPNB itu menunjukka­n mereka tidak mengambil berat masalah rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REBUT PELUANG: Orang ramai berpeluang melawat galeri pameran perumahan Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada Majlis Pelancaran Pembanguna­n Rumah Idaman Rakyat yang disempurna­kan oleh Mohd Khusairi di Slim River semalam.
— Gambar Bernama REBUT PELUANG: Orang ramai berpeluang melawat galeri pameran perumahan Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada Majlis Pelancaran Pembanguna­n Rumah Idaman Rakyat yang disempurna­kan oleh Mohd Khusairi di Slim River semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia