Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha pelanconga­n boleh mohon pinjaman TPIP dan TKP

-

JOHOR BAHRU: Pengusaha industri pelanconga­n di negeri ini yang mahu memperkemb­angkan perniagaan mereka boleh memohon pinjaman menerusi Tabung Pembanguna­n Infrastruk­tur Pelanconga­n ( TPIP) dan Tabung Khas Pelanconga­n ( TKP) yang disediakan khusus untuk membantu membangunk­an industri pelanconga­n di Malaysia.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata dua tabung itu diwujudkan khusus untuk membantu pengusaha yang ingin membangunk­an atau meningkatk­an mutu dan daya saing produk pelanconga­n mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kami (kerajaan) memperuntu­kkan pinjaman sehingga RM100 juta melalui TPIP kepada pengusaha syarikat yang berminat dalam bidang pelanconga­n seperti perhotelan, taman tema, galeri, muzium dan restoran.

“TKP pula ditawarkan kepada pengusaha pelanconga­n kecil dan sederhana,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan sesi dialog bersama penggiat industri pelanconga­n negeri Johor yang turut menyentuh kedua- dua tabung berkenaan.

Tambah Tee, pinjaman yang ditawarkan menerusi kedua-dua tabung itu mempunyai kadar faedah yang rendah dan kompetitif ber- banding bank komersial lain dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengusaha dalam bidang ini.

“Pinjaman menerusi kedua-dua tabung itu terbuka kepada pengusaha syarikat mahupun pengusaha kecil dan perlu disokong oleh kementeria­n ( Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan-MOTAC) melalui Jawatankua­sa Pinjaman Tabung Pelanconga­n (JKPTP) sebelum diluluskan.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pengusaha tetapi juga dapat membantu membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti pengangkut­an dan perhotelan kepada orang ramai,” kata Tee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia