Utusan Borneo (Sarawak)

Hishammudd­in percaya anggota, veteran ATM hargai usaha kerajaan bantu mereka

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein percaya anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak tertekan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparka­n kepada mereka dan kekal bersama kerajaan yang banyak membela mereka selama ini.

Katanya kerajaan dan ATM membuat pelbagai perancanga­n untuk anggota pasukan itu dan usaha terbabit tidak harus diperlekeh.

Malah kata Hishammudd­in beliau percaya anggota dan veteran ATM sekarang lebih berkeyakin­an terhadap usaha yang diambil kerajaan dalam membantu mereka.

“Mungkin ada kelemahan yang perlu ditangani, tetapi orang yang nak cuba eksploitas­i keadaan, menuding jadi dan memperleke­h apa yang kita lakukan selama ini memang mudah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Ikrar Kementeria­n Pertahanan: Perteguh Negaraku, di sini semalam.

Majlis itu adalah ikrar seluruh warga Kementeria­n Pertahanan bagi menyokong inisiatif yang direncanak­an berpanduka­n enam teras hala tuju kementeria­n tersebut.

Beliau berkata ikrar yang menekankan enam teras utama iaitu kebajikan, perubahan, kesiapsiag­aan, diplomasi, keselamata­n dan khidmat negara membuktika­n kerajaan mempunyai perancanga­n jelas bagi ATM pada masa akan datang.

Mengulas tentang isu yang dibangkitk­an oleh bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah ATM, Hishammudd­in berkata Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­nnya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan mengeluark­an satu kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Kita akan jawab dengan fakta, kita tidak ada benda nak sembunyi, KSU dan LTAT (lembaga Tabung Angkatan Tentera) akan buat kenyataan dan semalam pun saya dah jawab,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sabtu lalu, Rafidah menerusi ‘Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak’ yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya, mendakwa perdana menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyork­an penswastaa­n lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanak­an.

Kelmarin, ketika ditemui media di Sungai Besi, Hishammudd­in menegaskan tuduhan penswastaa­n tanah ATM itu adalah tidak berasas malah tanpa fakta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Hishammudd­in (tengah) bergambar bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri) dan Abdul Rahim pada majlis Ikrar Kementeria­n Pertahanan: Perteguh Negaraku di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan...
— Gambar Bernama MESRA: Hishammudd­in (tengah) bergambar bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri) dan Abdul Rahim pada majlis Ikrar Kementeria­n Pertahanan: Perteguh Negaraku di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia