Utusan Borneo (Sarawak)

DAP peralat PKR untuk meraih undi Melayu: PAS

-

SLIM RIVER: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai bakal diserahkan kembali kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi BN Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata kerusi tersebut yang sebelum ini ditandingi MCA pada PRU lepas bakal dikembalik­an kepada MIC yang merupakan kerusi tradisi parti tersebut.

Malah katanya MIC juga telah memenangi kerusi DUN Sungkai beberapa penggal sebelum kalah sekali pada PRU 2008 manakala pada tahun 2013 diserahkan kepada MCA dan parti itu kalah kepada DAP.

“Ya, berkemungk­inan besar (kembalikan kerusi kepada MIC) dan saya pun amat menyokong dan perkara ini telah dibincangk­an dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam pertemuan sebelum ini.

“Berkenaan soal calon, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti, khususnya dalam kalangan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Presiden MIC (Datuk Seri Dr S. Subramania­m) untuk tentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Pembanguna­n Rumah Idaman Rakyat sebanyak 454 unit di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di sini semalam.

Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata dalam soal meletakkan calon, UMNO tidak ada masalah berhubung perkara itu dan pihaknya akan membantu bersungguh­sungguh bagi memastikan kemenangan calon DUN Sungkai, sekali gus merampas kembali kawasan itu.

“Sekiranya letak kembali calon daripada MIC, saya alualukan langkah yang dibuat pucuk pimpinan parti kerana itulah yang sewajarnya bagi memastikan kemenangan berpihak di tangan BN.

“Kita nak lihat dalam Parlimen Tanjung Malim ini ada kerjasama daripada semua parti komponen yang utama di sini. MCA bertanding di peringkat Parlimen, UMNO bertanding di dua kawasan DUN - Dun Slim dan DUN Behrang dan kalau boleh, berilah MIC bertanding di DUN Sungkai,” katanya.

Malah jelasnya kerusi DUN Sungkai sememangny­a mempunyai potensi untuk dirampas daripada pihak pembangkan­g dan dipulangka­n ke pangkuan BN Bahagian Tanjung Malim.

“Kami harap dapat merampas kembali DUN Sungkai, jika terdapat perubahan sikap dalam kalangan pengundi Cina yang merupakan pengundi majoriti kawasan itu serta jika berlaku pertanding­an tiga penjuru,” katanya yang berharap pengundi kawasan itu dapat memberikan sokongan kepada calon BN supaya pembanguna­n dapat dibawa terus oleh wakil rakyat parti itu.

Pada PRU13, DAP menerusi A. Sivanesan menewaskan Goh Kim Swee, calon BN daripada MCA dengan majoriti 3,511. — Bernama KOTA BHARU: PAS mendakwa DAP berjaya memperalat­kan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendapatka­n undi masyarakat Melayu menerusi penggunaan logo PKR sebagai logo bersama Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun penggunaan logo itu dilihat memberi kelebihan kepada PKR kerana parti lain seolah-olah terpaksa tunduk kepadanya, perkara tersebut hanya menguntung­kan DAP.

“( Kalau) kita lihat dari sudut lain, PKR dijadikan alat oleh DAP untuk meraih undi Melayu. Maknanya PKR diperkudak­an oleh DAP. Inilah buktinya,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Penyerahan tugas itu melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib dan Datuk Nazran Muhammad yang sebelum ini merupakan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan.

Mohd Faudzi akan bersara pada Sabtu (14 April) ini manakala Nazran akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Setiausaha kerajaan negeri yang baharu pada keesokanny­a.

Selasa lepas, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata parti itu bersetuju untuk menggunaka­n logo PKR pada PRU14 ini untuk meraih lebih banyak undi masyarakat Melayu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia