Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs harus bersedia hadapi ‘kekecewaan’ City

-

LONDON, England: Tottenham Hotspur harus bersedia untuk pasukan Manchester City yang tersentak dengan tiga kekalahan berturut-turut, menurut pemain pertahanan Spurs, Ben Davies menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.

Kekalahan 2-3 City di tempat sendiri kepada Manchester United dalam liga adalah di antara dua kekalahan pada perlawanan suku akhir Liga JuaraJuara kepada Liverpool, dengan City tersingkir dari kejohanan dengan agregat 1-5.

“Saya pasti mereka terdesak untuk memburu kemenangan selepas apa yang mereka alami minggu ini,” kata Davies ketika memberitah­u Sky Sports News.

“Ia merupakan tempoh malang untuk mereka tetapi mereka mengharung­i musim ini dengan baik. Ia pastinya satu perlawanan yang sukar, kami menjangkak­an satu kebangkita­n mereka dan kami akan bersedia.”

Spurs masih belum tewas dalam liga sejak tewas 1-4 kepada City di Stadium Etihad pada bulan Disember.

City boleh mengesahka­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika menewaskan Spurs dan United tewas kepada kelab tercorot, West Bromwich Albion.

Dalam pada itu, pemain Stoke City harus percaya mereka boleh mengelak penyingkir­an dari liga musim ini, menurut pemain tengahnya, Badou Ndiaya sebelum perlawanan penting menentang West Ham United pada hari Isnin.

Spurs menang tipis 1-2 ke atas Stoke minggu lepas, menyebabka­n mereka masih belum menang dalam sembilan perlawanan dengan skuad kendalian Paul Lambert itu berada di tangga kedua dari bawah liga, empat mata dari zon selamat. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia