Utusan Borneo (Sarawak)

Langgar peraturan FFP, PSG berdepan tindakan dari UEFA

-

PARIS, Perancis: Kelab gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint Germain (PSG), akan berdepan tindakan dari badan induk bola sepak Eropah (UEFA) kerana melanggar peraturan Kewangan Bersih (FFP), menurut satu laporan dari akhbar British Financial Times Rabu lepas, yang mendakwa PSG “membuat deklarasi berlebihan” tentang kontrak penajaan bernilai 200 juta euro.

Dibiayai hartawan Qatar, PSG memecah rekod dunia perpindaha­n dengan membayar Barcelona 222 juta euro untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa Brazil Neymar pada bulan Ogos dan kemudian membelanja­kan 180 juta euro untuk mendapatka­n penyerang remaja antarabang­sa Perancis, Kylian Mbappe pada musim panas ini dengan kontrak pinjaman setahun dari kelab Monaco beberapa minggu kemudian.

Diperkenal­kan oleh UEFA pada 2010, FFP bertujuan mengelak kelab mengalami kerugian tidak lebih dari 30 juta euro dalam tiga musim.

“Siasatan awal menunjukka­n kontrak penajaan bernilai kira-kira 200 juta euro adalah berlebihan diumumkan di kelab itu,” kata Financial Times.

“Melainkan UEFA boleh dipujuk untuk mengubah nilai perjanjian penajaan, kelab dari Perancis ini sudah melanggar peraturan FFP, , menurut kepada mereka yang biasa dengan ngan proses ini.” ”

P S G mengeluark­an maklum b a l a s k e p a d a l a p o r a n dalam satu u kenyataan an pada malam alam hari yang sama di mana mereka menyelar “maklumat salah terhadap kelab dari media British.”

Kenyataan menambah: “Prosedur sedang berjalan. PSG sentiasa berhubung dengan wakil dari UEFA dan ia akan selari dengan peraturan UEFA pada 20 April.”

UEFA membuka satu siasatan ke atas pematuhan PSG dengan FFP, beberapa minggu selepas perpindaha­n Neymar dan Mbappe selesai.

“Siasatan akan memberi fokus kepada pematuhan kelab, terutama sekali dengan aktiviti perpindaha­n terbaharu ini,” kata satu kenyataan UEFA pada bulan September. PSG sudah melanggar satu peraturan FFP dan didenda 60 j juta euro dari wang diperoleh diperolehi ketika berak beraksi dalam Lig Liga JuaraJu Juara pada 2 2014. K e - tika itu, U E F A m e n - ganggap P PSG seng gaja menip ipu pendapatan mereka dengan menggunaka­n penajaan dari sebuah lagi syarikat milik Qatar, Lembaga Pelanconga­n Qatar. Hukuman dijangka lebih berat pada kesalahan kedua, dengan kemungkina­n PSG disingkirk­an dari Liga Juara-Juara melainkan dapat mengimbang­i kewangan mereka pada akhir tahun kewangan bulan Jun ini. Dengan Neymar masih merawati kecederaan­nya, PSG sekali lagi gagal memburu kejuaraan Eropah apabila tewas 2-5 secara agregat kepada Real Madrid di pusingan kedua kejohanan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia