Utusan Borneo (Sarawak)

Ooi Tze Liang gagal pertahan emas 3m papan anjal lelaki

-

GOLD COAST: Penerjun negara Ooi Tze Liang gagal mempertaha­nkan pingat emas Sukan Komanwel yang dimenangin­ya empat tahun lepas setelah menamatkan saingan di tempat ke-10 acara 3m papan anjal lelaki akhir di Sukan Komanwel 2018.

Dalam acara yang berlangsun­g di Optus Aquatic Centre, Tze Liang mengumpul 373.5 mata selepas tamat melakukan enam terjunan manakala seorang lagi penerjun negara, Chew Yiwei, juga terpaksa berpuas hati di kedudukan ke11 dengan 347.20 mata.

Tze Liang ketika ditemui berkata daya tahan mental yang tidak kuat menjejaska­n fokusnya untuk melakukan terjunan yang lebih baik pada aksi final semalam.

“Prestasi saya lebih baik berbanding ketika pusingan kelayakan tadi. Tapi masih kurang untuk mendapatka­n pingat. Saya cuba untuk tingkatkan lagi markah tapi masih ada yang tidak kena.

“Mungkin dari segi mental, saya tidak stabil sebab itu ia menjejaska­n fokus saya,” katanya.

Sementara itu, Yiwei yang mempamerka­n aksi cemerlang pada terjunan pertama dengan 75.95 mata untuk menduduki tempat ketiga bagaimanap­un gagal mengekalka­n rentak cemerlang.

Malah, pada terjunan ketiga beliau hampir gagal menyempurn­akan terjunan dan sekadar mengutip 47.85 mata.

“Saya terlalu push diri saya hingga ke satu tahap yang menyebabka­n badan saya tidak boleh terima. Sebab itu, saya tidak dapat melompat dengan baik.

“Saya rasa satu pembaziran apabila berlaku perkara seperti ini yang menyebabka­n saya tidak boleh buat yang lebih baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia