Utusan Borneo (Sarawak)

Lawn bowls: Malaysia ke final wanita berpasanga­n, berdepan Afrika Selatan

-

GOLD COAST: Skuad lawn bowls wanita negara mara ke final acara pairs di Sukan Komanwel 2018 di sini.

Gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji mengetepik­an pasangan Kanada Leanne ChineryKel­ly McKerihen 15-8 dalam pusingan separuh akhir yang berlangsun­g di Broadbeach Bowls Club semalam untuk bertemu pasukan Afrika Selatan hari ini.

Gandingan negara pada awalnya ketinggala­n 0-1 sebelum bangkit pada ends kedua untuk mendahului 3-1 dan terus mengekalka­n dominasi hingga ends ke-17 dengan keputusan akhir 15-8.

"Sebelum perlawanan, kita dah set kita punya ‘game plan’ dan apa strategi kita hendak main hari ini. Syukur sangatsang­at sebab apa yang kita rancangkan itu menjadi.

"Bila pihak lawan cuba buat 'come back', kita masih dapat bertahan. Itu yang buat kita lagi semangat untuk buat terbaik," kata Emma Firyana.

Sementara itu, Siti Zalina berkata walaupun sedar misi mencari emas untuk negara esok berdepan jalan sukar, beliau tidak mahu status pasangan Afrika Selatan, Nicolene Neal-Colleen Piketh selaku juara bertahan menggugat keyakinann­ya.

“Macam saya tegaskan sebelum ini, misi kita ke sini untuk pulang dengan sekurang- kurangnya satu pingat emas. Esok, memang itu misi kita. Pada masa yang sama ia bukan satu tekanan untuk kita.

“Lawan kita tidak dinafikan kuat dan juga juara bertahan tapi kita tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, skuad fours lelaki terkandas di suku akhir di tangan Scotland.

Skuad negara yang dibarisi Mohammad Syamil Syazwan Ramli, Zulhilmie Redzuan, Muhammad Hizlee Abdul Rais dan Fairul Izwan Abdul Muin tewas tipis 12-13 ke- pada pasukan Scotland yang diwakili Ronald Duncan, Derek Oliver, Paul Foster dan Alexander Marshall.

Pasukan negara yang ketinggala­n 4- 10 pada ends ke-9 berjaya menyamakan kedudukan 10-10 pada ends ke-13 namun kembali ketinggala­n pada ends seterusnya sebelum tunduk 12-13 selepas tamat ends ke-15. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE FINAL: Siti Zalina beraksi dalam acara berpasanga­n wanita di Broadbeach Bowls Club sempena temasya Sukan Komanwel di Gold Coast semalam.
— Gambar Bernama KE FINAL: Siti Zalina beraksi dalam acara berpasanga­n wanita di Broadbeach Bowls Club sempena temasya Sukan Komanwel di Gold Coast semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia