Utusan Borneo (Sarawak)

Lagu ‘Fighter’ lonjak semangat Amy Kwan raih pingat gangsa

-

GOLD COAST: Kekecewaan gimnas negara, Amy Kwan pada edisi lepas di Glasgow, Scotland, pada 2014, terbayar apabila meraih pingat gangsa dalam acara individu keseluruha­n di Sukan Komanwel 2018 di sini semalam.

Amy, 23, mengakui tidak menjangka pingat tersebut selepas melakukan kesilapan pada persembaha­n gelung dan bola di Pusat Sukan Tertutup Coomera di sini.

“Selepas empat tahun, usaha saya berbaloi. Saya sendiri terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang kerana selepas acara bola dan gelung saya agak kecewa, tidak dapat beri persembaha­n yang sempurna,” katanya.

Gimnas berusia 23 tahun itu mengumpul mata 51.500 mata keseluruha­n dalam empat disiplin iaitu belantan, riben, gelung dan bola.

Emas dimenangi wakil Cyprus, Diamanto Evripidou yang mengumpul 55.750 mata dan perak milik Katherine Uchida dari Kanada dengan mengumpul 52.650 mata.

Kelmarin, Amy turut menyumbang pingat perak dalam acara berpasukan bersama-sama Izzah Amzan dan Koi Sie Yan.

Amy, yang ditemui selepas tamat persembaha­n, berkata semangat dan sokongan yang diberikan jurulatih, Lidia Legotina dan Petrina Low banyak membantu beliau mendapatka­n keyakinann­ya kembali.

“Pengurus pasukan saya tunjuk pesanan ringkas (mesej) Petrina yang mengatakan saya tidak patut mengalah sehingga habis persembaha­n saya. Katakatany­a itu membuat saya berfikir dan bangkit semula,” katanya yang akan mendengar lagu bertajuk ‘Fighter’ nyanyian Christina Aguilera untuk mengurangk­an perasaan gemuruh.

Amy juga turut terkesan apabila pihak penganjur tersilap memainkan lagu bagi persembaha­nnya sehingga beliau tidak dapat menangkap reben dengan sempurna.

Katanya, beliau banyak hilang mata pada persembaha­n tersebut.

Seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan hanya mampu menduduki tangga kelapan selepas mengumpul 48.050 mata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia