Utusan Borneo (Sarawak)

Miri FA belum putus sertai Piala FAM musim depan

-

MIRI: Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) belum memutuskan sama ada untuk menyertai Piala FAM 2019 meskipun secara automatikn­ya sudah layak ke kejohanan itu.

Presidenny­a Mohd Saif Jubaidi berkata, pihaknya masih dalam perbincang­an secara teliti sebelum membuat keputusan menyertai Piala FAM musim depan.

“Kemungkina­n kita akan menghantar pasukan untuk Piala FAM 2019, bahkan Persatuan Bola Sepak Sarawak juga telah memberikan lampu hijau.

“Bagaimanap­un, kita memerlukan sedikit masa untuk berbincang pelbagai perkara seperti kemudahan, penajaan dan sebagainya sebelum membuat keputusan,” katanya di sini semalam.

Miri FA katanya, merupakan pasukan kedua teratas bagi Zon Borneo dan berjaya mengisi slot Piala FAM selepas Tawau.

“Kita berterima kasih kepada Ketua Jurulatih Miri FA Mohamad Hakimi Man dan pengurusan­nya yang membawa pasukan itu ke tahap ini (Piala FAM),” jelasnya.

Saif menambah, jika Miri FA menyertai Piala FAM, ia akan membuka peluang kepada semua pemain dari wilayah utara untuk bersaing dalam liga lebih besar.

“Sudah pasti lebih banyak saingan di kalangan pemain tempatan untuk mengisi kesebelasa­n utama Miri FA dan inilah yang kita mahukan iaitu pemain diberi ruang sama rata,” tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Presidenny­a Nazri Datuk Ahmad Lai berkata, pihaknya turut mengadakan Liga Premier dan Liga Super Miri.

Kedua-dua kejohanan itu dianjurkan bagi mengenal pasti pemain berbakat di wilayah utara untuk diserapkan ke dalam pasukan FAM Miri.

Nazri yang juga Pengarah Kejohanan Liga Premier dan Liga Super Miri yakin pembanguna­n bola sepak di sini berada di landasan tepat. “Saya secara peribadi yakin wilayah utara mempunyai ramai pemain berbakat bahkan beberapa pemain kita juga telah diserap ke dalam Piala Presiden dan Sarawak,” jelasnya.

Nazri juga tidak menolak kemungkina­n Miri FA mungkin tersenarai dalam Liga FAM 2019 kerana terdapat penaja sudah berminat untuk menaja pasukan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia