Utusan Borneo (Sarawak)

Saksikan kehebatan pelumba ‘drag bike’ dan ‘pocket bike’ 14-15 April ini

-

KUCHING: Peminat sukan permotoran harus tidak melepaskan peluang menyaksika­n kehebatan pelumba ‘drag bike’ dan ‘pocket bike’ tempatan mengambil bahagian pada Karnival Sukan Bermotor Sarawak 2018 diadakan di MetroCity Matang pada 14 dan 15 April ini.

Temasya tahunan memasuki edisi keempat itu anjuran bersama PBB 194 Petra Jaya dan Kelab Sukan Permotoran DCS Petra Jaya.

Ia turut mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayan, Belia dan Sukan, Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak (KBS), Persatuan Permotoran Malaysia ( AAM), Persatuan Sukan Lumba Sarawak (SARSA) dan beberapa agensi kerajaan.

Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Hamzah Brahim berkata program tersebut dihidupkan semula selepas berehat selama setahun atas permintaan menggalakk­an daripada peminat sukan itu khususnya di sekitar kawasan Parlimen Petra Jaya.

“Penganjura­n karnival ini memperliha­t keprihatin­an penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap aktiviti sosial golongan belia di kawasan tersebut.

“Objektif utama karnival ini untuk mengasah bakatbakat serta membina semangat kesukanan dalam bidang permotoran.

“Pada masa sama, penganjura­nnya dapat menarik penyertaan masyarakat khususnya golongan belia dalam aktiviti sihat sekali gus membantu mengikis gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgu­naan dadah dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya semalam.

Setakat ini, seramai 500 peserta termasuk dari Pahang mengesahka­n penyertaan dalam tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu ‘drag bike’, ‘ pocket bike’ dan pameran kereta dan motosikal.

Selain menawarkan hadiah wang tunai lumayan, pemenang juga bakal membawa pulang piala dan sijil.

“Selain pertanding­an itu terdapat juga aktiviti sampingan disediakan kepada pengunjung seperti jualan gerai dan pelbagai lagi.

“Justeru, kita mengalualu­kan orang ramai datang memeriahka­n karnival itu nanti,” katanya sambil memberitah­u Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof akan melakukan penutupan karnival itu pada sebelah petang.

Sementara itu, Presiden Kelab Sukan Permotoran DCS Petra Jaya, Sofian Fariz Sharbini berkata pihaknya hanya membuka penyer- taan kepada peserta tempatan pada edisi kali ini bagi memberi peluang kepada pelumba-pelumba tempatan mempamerka­n bakat-bakat mereka.

Malah, beliau yakin edisi kali ini bertambah meriah selepas menerima maklum balas positif daripada peserta ekoran kejayaan edisi sebelumnya.

Sebarang pertanyaan mengenai karnival dan penyertaan boleh menghubung­i Sofian di talian 013-8078440 atau Shahrizal Supaat di talian 014-6246587.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia