Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh atlet elit boling Sarawak sedia mencabar pada kejohanan di Thailand

-

KUCHING: Seramai tujuh atlet elit boling SUKMA Sarawak bersedia memberikan yang terbaik pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa MWA-Singha Thailand Ke44 yang akan berlangusn­g dari 7 hingga 14 April ini di Blu-O Rhythm dan Bowl Siam Paragon, Bangkok.

Mereka yang terpilih ialah Abang Afiq Yazeed Abang Azman yang merupakan pemenang Cabaran Remaja Brunswick B21 di Sunway Megalanes, Mohammad Uzair Irsyad Noor Azrul, Abner Loo Chub Lik, Christophe­r Tiong Lee Siong, Gillian Lim Siew Giok, Nur Aina Kamalia Abdul Ayub dan Brandon Ting Lik How.

Kontinjen Sarawak akan diiringi Ketua Jurulatih Sarawak, Jackson Ting dan dibantu Daniel Tan.

Pengurus Pasukan, Robert Lu berkata Bangkok akan menjadi medan pendedahan atlet negeri di arena antarabang­sa di bawah program pembanguna­n Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS).

“Ia juga sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Tenpin Boling Antarabang­sa Terbuka Sarawak yang akan diadakan pada bulan ini dan SUKMA Perak pada September akan datang.

“Kita tidak meletakkan sebarang sasaran kerana ini hanya pendedahan kepada atlet. Bagaimanap­un, saya berharap mereka boleh mem- buktikan keupayaan dengan memenangi sesuati di sana,” jelas Robert yang merupakan Naib Presiden ABAS.

Beliau turut akui bukan mudah untuk memenaig pingat pada kejohanan antarabang­sa tersebut yang turut disertai pemain terbaik dunia.

Namun, beliau melihat pemain Sarawak telah bersedia dari segi mental mahupun fizikal selepas menjalani kem bina diri selama dua hari di Sumiran Eco Camp, Rantau Panjang, Batu Kawa barubaru ini.

“Atlet ini merupakan prospek kita untuk memenangi pingat pada SUKMA dan kejohanan antarabang­sa yang lain,” tambah Robert.

 ??  ?? YAKIN: Pemain elit Sarawak (barisan belakang, dari kiri) Abang Afiq, Mohammad Uzair, Abner dan Christophe­r manakala (barisan depan, dari kiri) Gillian, Nur Aina dan Brandon.
YAKIN: Pemain elit Sarawak (barisan belakang, dari kiri) Abang Afiq, Mohammad Uzair, Abner dan Christophe­r manakala (barisan depan, dari kiri) Gillian, Nur Aina dan Brandon.
 ??  ?? TUNJUK AJAR: Dangerous Lee (kiri) memberi tips kepada peserta klinik cara-cara untuk mengawal bola.
TUNJUK AJAR: Dangerous Lee (kiri) memberi tips kepada peserta klinik cara-cara untuk mengawal bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia