Utusan Borneo (Sarawak)

Dangerous Lee kongsi pengalaman pada klinik kejurulati­han hoki bawah 12 tahun

-

KUCHING: Bekas pemain hoki kebangsaan dan Sarawak, Dangerous Lee Matthew menarik perhatian apabila membuat kemunculan pada sesi kedua klinik kejurulati­han hoki bawah 12 tahun yang diadakan di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan pada Sabtu lepas.

Pemain yang pernah menyarung jersi SAPURA semasa bersaing dalam liga kebangsaan sewaktu ketika dulu sempat singgah ke sesi klinik tersebut untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman­nya.

“Kita sangat gembira dan terharu dengan kesudian Dangerous Lee melawat sesi klinik ini.

“Kehadiran Dangerous Lee sangat membantu kerana beliau banyak berkongsi pengalaman­nya semasa menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih ternama dari Jerman, Paul Lissek, Sephen Van Huizen dan ramai lagi selain berkongsi pengalaman semasa mewakili pasukan SAPURA dalam liga kebangsaan,” menurut Ketua Jurulatih Sarawak, C. Sivasubram­aniam semalam.

Menurutnya, Danger- ous Lee telah menyuntik moral para peserta agar terus berusaha meningkatk­an kualiti dan kemahiran.

Seramai 40 peserta bawah 12 tahun teribat dalam sesi klinik anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan kerjasama Persatuan Hoki Sarawak ( HAS) bertujuan memberi pendedahan asas kepada murid dan guru sekolah.

Klinik julung kali diperkenal­kan itu dikendalik­an oleh Sivasubram­aniam sambil dibantu Sunil Roy Chakravert­y, Sakrunatha­n dan jurulatih SSC, Beatrice Sawing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia