Utusan Borneo (Sarawak)

Artis popular meriahkan Malam Inspirasi Cinta Ilmu di Melaka

- Oleh Huma Makesvari

KUALA LUMPUR: Malam Inspirasi Cinta Ilmu bakal mengimbau pembanguna­n negeri Melaka dalam tempoh 15 tahun selepas ia diumumkan sebagai Bandaraya Bersejarah.

Program yang akan diadakan bermula 14 April ini adalah kerjasama di antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan DMACRIZ Communicat­ion.

Menurut Pengarah Urusan DMACRIZ Communicat­ion Hamdan Jasin dalam satu kenyataan, program ini bakal dimeriahka­n oleh barisan artis popular tanah air seperti kumpulan nasyid Raihan, Aris Ariwatan, pendatang baharu Nabila Razali, selebriti Adam Korie dan Angah Raja lawak.

“Objektif diadakan program Malam Inspirasi Cinta ilmu adalah untuk mengimbau kembali pembanguna­n negeri Melaka dalam tempoh 15 tahun ke belakang selepas Melaka diumumkan sebagai Bandaraya Bersejarah.

“Pelbagai kemajuan bukan sahaja dapat dilihat tetapi yang lebih utama, dapat dinikmati oleh rakyat negeri Melaka khususnya pembanguna­n dari segi infrakstuk­tur dan prasarana,” kata Hamdan.

Hamdan turut menjelaska­n bahawa program ini juga dibentuk untuk memberi impak kepada masyarakat umum yang celik dan cintakan ilmu berlandask­an agama Islam.

Kuliah Magrib perdana akan turut disampaika­n oleh Ustaz Syed Norhisam Tuan Padang pada hari itu, katanya.

Selain daripada hiburan, terdapat juga gerai jualan makanan, pakaian, kraf tangan serta aktiviti sukan rakyat atau tradisiona­l dan futsal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Kumpulan nasyid Raihan bakal meriahkan Malam Inspirasi Cinta Ilmu yang akan diadakan bermula 14 April ini.
— Gambar Bernama TURUT SERTA: Kumpulan nasyid Raihan bakal meriahkan Malam Inspirasi Cinta Ilmu yang akan diadakan bermula 14 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia