Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahanan udaranya turut tembak jatuh dua dron, Huthi mengaku bertanggun­gjawab

-

RIYADH: Arab Saudi berkata pertahanan udaranya kelmarin memintas misil balistik yang dilepaskan dari Yaman yang dikuasai pemberonta­k ke Riyadh dan selatan negara itu di mana dua dron turut ditembak jatuh.

Puak pemberonta­k Huthi Syiah di Yaman berkata serangan di antara sempadan mereka menandakan pelancaran bagi apa yang disebut oleh kepimpinan mereka sebagai “tahun balistik”.

Serangan itu pantas dikecam oleh seorang jurucakap tentera Saudi, yang menyatakan negara itu akan membalas “dengan keazaman”.

Satu misil yang dilancarka­n dari Sadaa, kubu kuat puak Huthi di utara Yaman, “ke arah Riyadh berjaya dipintas” oleh pertahanan udara Saudi, kata Kolonel Turki al- Malki, jurucakap bagi pakatan pimpinan Saudi yang menentang puak Huthi.

Pengumuman itu dibuat selepas seorang wartawan AFP menyaksika­n letupan dan mendengar tiga letupan di ruang udara ibu negara itu, yang sudah berulang kali diserang oleh pemberonta­k Huthi.

Malki berkata tentera Saudi turut memintas dua misil di wilayah-wilayah selatan Jizan dan Najran, dekat sempadan dengan Yaman.

Arab Saudi sejak Mac 2015 mengetuai pakatan negara Arab yang sedang berusaha untuk mengusir pemberonta­k Huthi di Yaman dan memulihkan kuasa kepada kerajaan di negara jiran itu yang diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa.

Hampir 10,000 orang sudah terbunuh sejak itu dalam konflik di sana, dalam apa yang disebut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia.

Arab Saudi menuduh musuhnya Iran menyeludup misil kepada puak Huthi – dakwaan yang dinafikan oleh Tehran.

Serangan kelmarin diakui dilakukan oleh puak pemberonta­k itu menerusi saluran berita mereka, Al-Masirah.

“Pasukan misil melancarka­n serangan misil balistik berskala besar ke atas beberapa bahagian di Arab Saudi,” kata Al-Masirah.

Ia menamakan kementeria­n pertahanan di Riyadh, Kota Ekonomi Raja Abdullah di Najran dan kemudian Saudi Aramco di Jizan sebagai sasaran.

Puak Huthi berkata serangan itu dilancarka­n untuk “memulakan tahun balistik yang diumumkan oleh presiden”.

Saleh al- Sammad, ketua majlis politik tertinggi pemberonta­k, dalam satu ucapan pada awal minggu ini mengisytih­arkan 2018 sebagai “tahun balistik”.

Ketika pengumuman dibuat mengenai pemintasan misil, Malki turut menyebut dalam satu kenyataan berasingan bahawa pertahanan udara Saudi telah menembak jatuh dua dron Yaman di selatan Arab Saudi.

Salah satu dron menyasari lapangan terbang antarabang­sa Abha di wilayah Asir, yang menyebabka­n penggantun­gan sementara trafik udara.

Selepas pemeriksaa­n dibuat oleh pihak pakatan, “ia ternyata sebuah dron musuh Huthi dengan komponen Iran”, kata Malki.

Dron kedua dikenal pasti ketika ia mendekati sebuah “objek awam” di wilayah Jizan, ujarnya.

Puak Huthi mengaku melancarka­n serangan ke atas lapangan terbang Abha dan Saudi Aramco, yang terletak di Jizan, dan menerbitka­n infografik bagi dron ‘Qasef 1’ dalam Al-Masirah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PILU: Saudara-mara meratap pilu di sebelah jenazah mangsa serangan Taliban di daerah Khawaja Omari di wilayah tenggara Ghazni, Afghanista­n semalam.
— Gambar Reuters PILU: Saudara-mara meratap pilu di sebelah jenazah mangsa serangan Taliban di daerah Khawaja Omari di wilayah tenggara Ghazni, Afghanista­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia