Utusan Borneo (Sarawak)

Gabenor antara tujuh korban serangan Taliban di Afghanista­n

-

GHAZNI: Puak militan Taliban melancarka­n serangan sebelum subuh ke atas sebuah pekarangan kerajaan daerah di Afghanista­n semalam, dan membunuh sekurangku­rangnya tujuh orang termasuk gabenor tempatan, kata pegawai.

Enam anggota polis turut terkorban manakala sembilan pegawai perisikan cedera dalam serangan ke atas ibu pejabat daerah Khwaja Omari di wilayah tenggara Ghazni, kata jurucakap gabenor wilayah Aref Noori kepada AFP.

Puak militan menggunaka­n tangga untuk memasuki pekarangan pada awal pagi semalam, kata timbalan ketua polis wilayah Ramazan Ali Mohsini kepada AFP.

Mohsini menganggar­kan jumlah kematian sebanyak 13, termasuk gabenor, anggota polis dan perisikan, dan menambah puluhan pejuang Taliban turut maut tetapi ia tidak dapat segera disahkan.

Pegawai Afghan sering memberi jumlah kematian yang berbeza sejurus selepas sesuatu serangan berlaku.

“Serangan sudah berakhir dan daerah berada di bawah kawalan pasukan keselamata­n Afghan selepas pasukan tambahan dikejarkan ke tempat kejadian ekoran serangan Taliban,” ujar Mohsini.

Puak Taliban mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu dalam satu mesej WhatsApp kepada wartawan, dan berkata “lebih 20 anggota polis” terbunuh manakala beberapa lagi cedera.

“Mujahidin kami telah merampas senjata dan bekalan peluru,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

“Dalam serangan itu, tiga mujahidin mati syahid dan empat lagi cedera.”

Serangan itu merupakan antara yang paling berdarah oleh Taliban dalam tempoh beberapa minggu dan berlaku ketika puak militan itu bersiap sedia untuk melancarka­n operasi serangan tahunan pada musim bunga, yang menandakan permulaan tradisi musim perang.

Puak Taliban menerima tekanan untuk menerima tawaran rundingan damai daripada Presiden Ashraf Ghani tetapi setakat ini kumpulan itu tidak menjawab secara langsung kepada cadangan tersebut.

Puak militan itu berikrar untuk membalas dendam terhadap serangan udara Afghan pada minggu lepas di sebuah kawasan yang dikuasai kumpulan itu dalam wilayah utara Kunduz.

Puluhan orang, kebanyakan­nya kanak-kanak, maut atau cedera selepas helikopter Tentera Udara Afghan menyerang sebuah madrasah dalam daerah Dashte Archi, kata saksi dan sumber keselamata­n kepada AFP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia