Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan baharu dalam siasatan pembunuh bersiri Kanada

-

OTTAWA: Seorang tukang kebun landskap di Kanada yang dituduh melakukan pembunuhan bersiri yang menyasari komuniti lelaki homoseksua­l di Toronto didakwa kelmarin dengan pembunuhan ketujuh, manakala polis membuka semula 15 kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaik­an sejak beberapa dekad lalu untuk mencari kaitan.

“Kami tidak tahu sedalam mana kes ini akan pergi,” kata ketua penyiasat Sarjan Hank Idsinga di satu sidang akhbar apabila ditanya sama ada jumlah mangsa dijangka akan meningkat selanjutny­a ataupun tidak.

“Majoriti adalah lelaki homoseksua­l,” katanya yang merujuk kepada kes- kes yang tidak dapat diselesaik­an, bermula dari 1975 hingga 1997.

Suspek Bruce McArthur, 66, membuat kemunculan singkat menerusi pautan video dari sebuah pusat tahanan, ketika dakwaan baharu diumumkan di sebuah mahkamah di Toronto.

Dakwaan itu ada kaitan dengan Abdulbasir Faizi, yang berusia 42 tahun pada waktu kehilangan­nya pada Disember 2010.

Mayat Faizi dicam di kalangan bahagian badan yang dipotong dan dijumpai disembunyi di dalam kirakira 20 alat penanam milik tertuduh.

Mayat beberapa lelaki yang hilang dari Gay Village di pusat Toronto sudah dicam sebelum ini di dalam alat penanam tersebut, yang terletak di atas hartanah tengah bandar yang digunakan oleh McArthur untuk menyimpan bekalan kerja landskapny­a.

Menurut laporan tempatan, kereta Faizi dijumpai pada awal 2011 tidak jauh dari hartanah tersebut, di mana garajnya telah menjadi tumpuan utama siasatan.

Idsinga berkata pakar patologi sudah memadankan tiga lagi mangsa yang dicam dengan mayat mereka, menjadikan jumlah keseluruha­n seramai enam orang, termasuk bekas kekasih McArthur berusia 49 tahun, Andrew Kinsman.

Mangsa lain adalah Dean Lisowick, 47, dan Salim Esen, 44 – kedua- duanya baharu dicam – selain Skandaraj Navaratnam, 40, dan Soroush Mahmudi, 50, selain Faizi.

Mayat mangsa ketujuh, Majeed Kayhan, 58, belum lagi dijumpai dan pakar patologi masih berusaha untuk mengecam satu lagi set bahagian badan dari alat penanam berkenaan.

“Bahagian badan ini adalah milik individu yang telah dipotong,” kata Idsinga.

“Mereka pada pelbagai peringkat kereputan dan doktor dari Jabatan Patologi Forensik Ontario telah menjalanka­n kerja yang sangat sukar dan memakan masa dalam usaha untuk membentuk semula mayat ini dan mengecam mereka,” katanya.

Bukti baharu, menurut polis, membayangk­an Lisowick dibunuh pada April 2016. Mangsa lain dilaporkan hilang pada pelbagai waktu sejak lapan tahun lalu.

McArthur mula- mula disyaki pada September 2017 berhubung kehilangan Kinsman, tetapi polis pada mulanya menolak dakwaan bahawa seorang pembunuh bersiri sedang berkeliara­n di kawasan kejiranan homoseksua­l di Toronto.

Menurut media tempatan, polis membuat keputusan yang cepat untuk memasuki pangsapuri McArthur dan menangkapn­ya pada 18 Januari lalu apabila mereka melihat seorang pemuda memasuki rumahnya. Polis menjumpai lelaki itu diikat di atas katil, tetapi tidak cedera.

Pada bulan lepas, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengecam mayat yang mungkin mangsa kelapan daripada sekeping gambar yang dipercayai diambil selepas kematianny­a.

Lelaki itu kelihatan seperti dalam lingkungan usia 40an atau awal 50-an, dengan rambut gelap, berjanggut dan lebam pada wajahnya.

Polis enggan mengulas mengenai asal usul gambar itu, yang dianggap sebagai bahan bukti penting.

Kelmarin Idsinga berkata mereka sudah mengurangk­an jumlah petunjuk kepada identiti mangsa kepada 22, dan menawarkan lakaran yang mungkin bagi wajahnya jika dia masih hidup.

“Saya mahu mendapatka­n kerangka waktu dan menentukan bahawa dia sebenarnya sudah mati” sebelum mengenakan tuduhan membunuh tambahan, katanya.

Seramai 20 penyiasat bekerja dalam kes itu, dan memeriksa “inci demi inci” pangsapuri McArthur di timur Toronto, kata Idsinga.

Pihak berkuasa turut menambah jumlah harta peribadi dan awam yang dikaitkan dengan McArthur dan mereka rancang untuk periksa daripada 30 kepada 75.

Pada awal Mei selepas tanah beku cair, polis akan membawa masuk anjing pengesan mayat dan mula menggali di beberapa hartanah untuk mencari mangsa lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia