Utusan Borneo (Sarawak)

Pertempura­n PBB dan militia di Bangui bunuh 19

-

BANGUI: Republik Afrika Tengah (CAR), salah sebuah negara paling miskin dan paling tidak stabil di dunia, digegarkan kelmarin selepas 19 orang, termasuk seorang askar Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), maut dan lebih 100 lagi cedera dalam pertempura­n antara pasukan pengaman dengan puak militia di sebuah daerah Muslim yang bergolak di ibu negara.

Pertempura­n paling berdarah di Bangui dalam tempoh dua tahun membawa ratusan penduduk yang marah dari daerah PK5 ke pangkalan misi PBB, MINUSCA.

Di sana mereka meletakkan mayat 17 lelaki yang menurut mereka telah dibunuh oleh tentera PBB pada Selasa lepas – keganasan yang menurut MINUSCA bermula dengan serangan hendap ke atas anggota pengaman selepas mereka melancarka­n operasi pemeriksaa­n keselamata­n.

Beberapa mayat mempamerka­n luka peluru, kata seorang pemberita AFP.

“Semalam mereka membunuh ramai orang. Di sini adalah mangsa yang terkorban, yang kami bawa ke sini,” kata seorang lelaki kepada AFP, sementara mayat yang ditutupi kain putih, diletakkan di hadapan pintu tertutup misi.

Dalam reaksinya kepada pertempura­n yang berlaku, Presiden Faustin-Archange Touadera berkata lewat kelmarin bahawa kumpulan penjenayah menjadikan penduduk dalam daerah yang bermasalah itu sebagai tebusan.

“Penyamun telah menjadikan populasi sebagai tebusan,” kata Touadera ketika dia meninggalk­an mesyuarat wakil-wakil PBB dan Kesatuan Afrika, menurut video yang dikeluarka­n oleh PBB.

“Objektif tunggal operasi ini adalah untuk menahan ketua-ketua militia bersenjata. Ia tidak menentang satu komuniti atau menentang populasi” di kawasan itu, ujarnya.

Sumber keselamata­n lewat Selasa lepas berkata seorang askar PBB maut dan lapan cedera dalam keganasan yang berlaku apabila pasukan peronda mereka diserang hendap di pinggir kawasan kejiranan berkenaan.

Seramai 56 orang yang cedera dibawa ke hospital umum Bangui, dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia, menurut kakitangan di sana.

Dalam perkembang­an berasingan, kumpulan bantuan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata ia merawat 44 orang yang cedera.

“Sebuah pasukan peronda Rwanda yang disokong oleh tentera Afrika Tengah telah ditembak dan kemudian mengejar penyerang ke dalam PK5,” kata sumber keselamata­n kepada AFP.

Pertempura­n itu menandakan insiden paling berdarah di Bangui sejak Presiden Faustin-Archange Touadera dipilih pada 2016 – satu kejadian yang dipaparkan sebagai titik perubahan di salah sebuah negara paling tidak stabil di dunia.

“Ketika Presiden Touadera berkempen untuk pilihan raya, dia berjanji kepada kami bahawa dia tidak akan menyentuh sehelai pun rambut di atas kepala orang Muslim jika kami mengundiny­a, dan itulah apa yang kami buat. Sekarang anda dapat melihat hasilnya,” kata salah seorang penunjuk perasaan yang memperkena­lkan diri sebagai Riyad.

Pertumpaha­n darah berlaku di negara bekas jajahan Perancis dengan 4.5 juta penduduk itu selepas pemimpin lama Francois Bozize digulingka­n pada 2013 oleh pakatan pemberonta­k Muslim Seleka.

Daerah PK5 dahulu merupakan kubu kuat pemberonta­k Muslim tetapi sekarang ia adalah tempat tinggal bagi beberapa kumpulan penjenayah yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan kerajaan.

Kerajaan Touadera dapat mendakwa diri menguasai hanya satu perlima sahaja kawasan di negara itu, dengan bakinya dalam tangan puak militia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERHEMPAS: Gambar agensi berita Yonhap menunjukka­n anggota polis berkawal dekat tapak di mana sebuah belon udara panas terhempas di pulau peranginan Jeju semalam.
— Gambar AFP TERHEMPAS: Gambar agensi berita Yonhap menunjukka­n anggota polis berkawal dekat tapak di mana sebuah belon udara panas terhempas di pulau peranginan Jeju semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? DEMONSTRAS­I: Penduduk PK5 mengangkat mayat mangsa yang terbunuh dalam pertempura­n pada 10 April semasa demonstras­i di hadapan ibu pejabat MINUSCA di Bangui kelmarin.
— Gambar AFP DEMONSTRAS­I: Penduduk PK5 mengangkat mayat mangsa yang terbunuh dalam pertempura­n pada 10 April semasa demonstras­i di hadapan ibu pejabat MINUSCA di Bangui kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia