Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Bekas ahli Politburo China mengaku bersalah

-

BEIJING: Seorang bekas pegawai tertinggi Parti Komunis China ( PKC) yang pernah disebut-sebut untuk memegang jawatan kepimpinan mengaku bersalah di perbicaraa­n rasuahnya semalam, sasaran terbaharu dalam kempen antirasuah yang menyeluruh oleh Presiden Xi Jinping.

Sun Zhengcai, seorang bekas ahli Politburo dan ketua parti di kota mega barat daya Chongqing, dituduh oleh pendakwa raya tertinggi negara pada Februari lalu mengambil kesempatan daripada kedudukann­ya untuk mendapatka­n keuntungan untuk orang lain dan secara haram menerima jumlah barang dan wang yang begitu banyak, menurut akaun mahkamah dalam Weibo.

Sun mengaku bersalah dan “menyuaraka­n kekesalan”, kata Mahkamah Perantaraa­n Rakyat No. 1 di kota utara Tianjin, yang menambah ia akan membuat keputusan pada tarikh lain.

Mahkamah berkata lebih 130 orang menghadiri perbicaraa­n, termasuk ahli lembaga penasihat politik tertinggi negara dan pemberita media.

Sun, 54, pernah disebutseb­ut untuk kenaikan pangkat dalam jawatankua­sa tetap tujuh ahli elit Politburo yang memerintah negara dan dipengerus­ikan oleh Xi.

Sebagai ahli paling muda dalam Politburo, Sun malah dilihat oleh segelintir pihak sebagai pengganti Xi yang berpotensi.

Sun merupakan ahli berkhidmat yang pertama dalam Politburo elit yang terdiri daripada 25 ahli yang diletakkan di bawah siasatan sejak Bo Xilai, seorang lagi bekas ketua Chongqing, yang dipenjara seumur hidup pada 2013.

Gejala rasuah dalam kerajaan berleluasa di China, dan Xi telah mengetuai kempen antirasuah yang menerima publisiti meluas sejak dia memegang kuasa pada 2012, dan ada yang membanding­kannya dengan pembersiha­n politik.

Xi, yang telah menjadi pemimpin paling berkuasa di China sejak Pengerusi Mao Zedong, sekarang ada laluan untuk memerintah seumur hidup selepas dewan perundanga­n menamatkan had penggal presiden pada bulan lepas. Penggal kedua Xi sebagai presiden tamat pada 2023.

Kongres Rakyat Kebangsaan turut memperluas­kan kempen antirasuah Xi dengan mewujudkan sebuah suruhanjay­a penyeliaan kebangsaan yang akan menyiasat lebih jauh daripada pegawai parti dan meneliti jutaan penjawat awam pada semua peringkat kerajaan.

Kes Sun menunjukka­n parti itu ada beberapa kebimbanga­n mengenai kelemahan yang berpotensi dalam pemerintah­annya.

Pada Oktober lalu, pegawai kanan parti Liu Shiyu mengucapka­n tahniah kepada Xi kerana mematahkan usaha pegawai berpengaru­h yang “berkomplot untuk merampas kepimpinan parti dan kuasa kerajaan”.

Liu menyenarai­kan bekas ketua keselamata­n Zhou Yongkang di samping Sun sebagai sebahagian daripada konspirasi, yang dikhabarka­n melibatkan pegawai tentera.

Ketiga-tiga mereka sudah disingkirk­an dari PKC dan ditangkap atau dipenjara atas tuduhan rasuah

Sun digantikan oleh Chen Miner, bekas pembantu Xi, yang menaikkan profil dengan pelantikan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia