Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dakwa gabenor AS ‘paksa’ seks, pukulnya

-

CHICAGO: Seorang wanita yang menjalin hubungan luar nikah dengan gabenor negeri Missouri di Amerika Syarikat mendakwa gabenor itu “memaksa”, mengugut dan memukulnya, menurut satu laporan hangat yang dikeluarka­n kelmarin.

Laporan itu adalah hasil siasatan oleh sebuah jawatankua­sa dwiparti dalam dewan undangan negeri, yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan bahawa Gabenor Republikan Eric Greitens telah memeras ugut bekas perempuan simpananny­a dengan sekeping gambar wanita itu dalam keadaan bogel.

Greitens didakwa melakukan jenayah mengganggu privasi dan dijadual menjalani perbicaraa­n pada Mei.

Laporan jawatankua­sa itu – yang memperinci­kan dakwaan mengenai kelakuan yang kadang-kadang mendera dan memaksa – mungkin pembuka jalan kepada pendakwaan dalam dewan undangan negeri dan terpisah daripada kes jenayah tersebut.

Sejurus sebelum laporan itu dikeluarka­n, gabenor terbabit menyatakan penemuan jawatankua­sa itu “penuh dengan lebih banyak tuduhan palsu, pelik dan lucah”.

“Lebih tiga tahun lalu, saya membuat satu kesilapan peribadi,” kata gabenor itu di satu sidang akhbar.

“Namun orang menjadikan kesilapan peribadi itu satu pertunjuka­n politik dan memberitah­u pembohonga­n baharu megenainya.”

Laporan itu – yang penuh dengan butiran grafik dan bahasa kesat – banyak bergantung kepada keterangan wanita yang menjalin hubungan sulit dengan Greitens.

Identiti wanita itu belum lagi diumumkan, kecuali sebagai bekas pendandan rambut gabenor tersebut.

Wanita itu memberitah­u dia melakukan hubungan seks beberapa kali dengan Greitens dalam tempoh beberapa bulan pada 2015. Beberapa perbuatan seks yang dilakukan oleh gabenor itu – seperti merabanya sewaktu satu temu janji untuk memotong rambut – bukan atas dasar suka sama suka, dakwa wanita itu.

Gabenor itu kadang-kadang agresif dari segi fizikal sehinggaka­n pada satu ketika dia menumbuk mukanya dan, dalam kejadian lain, menolaknya sehingga terjatuh, menurut keterangan­nya.

Dia juga mengulangi dakwaannya bahawa Greitens mengambil gambarnya tanpa kebenaran ketika dia diikat dan dalam keadaan bogel di bilik bawah tanah rumah gabenor itu sewaktu pertemuan pertama dalam hubungan sulit mereka.

Menurut keterangan­nya, gabenor itu memberitah­unya: “Anda tidak akan menyebut nama saya kerana jika dan berbuat demikian, saya akan membawa gambar ini dan saya akan mempamerka­nnya di mana sahaja saya dapat berbuat demikian, dan kemudian semua orang akan tahu anda seorang pelacur kecil.”

Wanita itu mendakwa Greitens kemudian mula menyentuhn­ya secara seksual dan dia melakukan seks oral ke atas gabenor itu, dan menjelaska­n kepada jawatankua­sa bahawa dia rasa “dipaksa, mungkin. Saya rasa seakan-akan ia akan membolehka­n saya untuk keluar”.

Wanita itu mendakwa Greitens kemudian menyesali ugutannya, dan memberitah­unya dia sudah memadamkan gambar itu, dan wanita itu seterusnya memulakan hubungan suka sama suka selepas penyesalan Greitens.

Greitens berulang kali menafikan melakukan pemerasan ugut dan menegaskan hubungan itu atas dasar suka sama suka.

“Ini adalah satu penindasan politik,” dia mendakwa kelmarin.

Seruan dwiparti telah dibuat selepas laporan itu dikeluarka­n agar gabenor terbabit meletak jawatan atau didakwa dalam dewan undangan negeri.

Speaker dewan undangan negeri, juga seorang ahli Republikan, berkata dia akan mengumumka­n sesi khas untuk menimbang tindakan disiplin, termasuk pendakwaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia