Utusan Borneo (Sarawak)

Pejuang Hamas maut dalam serangan Israel di Gaza

-

KOTA GAZA: Seorang pejuang dari kumpulan Islamis Palestin, Hamas, maut semalam dalam satu serangan Israel di Semenanjun­g Gaza, kata kementeria­n kesihatan di wilayah tersebut.

Mohammed Hijaila maut dan seorang lagi lelaki cedera serius awal semalam dalam serangan udara tersebut, kata kementeria­n kesihatan di wilayah yang dikuasai Hamas itu, dan mengesahka­n dia adalah anggota sayap militan dalam pergerakan tersebut.

Sumber keselamata­n berkata dia merupakan seorang daripada beberapa pejuang Hamas yang mengawal sebuah pos pengawasan ke timur Kota Gaza ketika ia diserang pada awal semalam.

Israel mengesahka­n serangan itu, dan berkata ia adalah tindak balas terhadap serangan senjata api.

Pejuang Hamas dipercayai menembak sebuah jet Israel, yang melancarka­n serangan di Gaza sebagai tindak balas kepada sebuah alat letupan di pagar sempadan Israel kelmarin.

“Sebagai reaksi kepada alat letupan yang diledakkan ke atas sebuah kende- raan kejurutera­an tentera semalam, jet pejuang Israel telah menyerang sasaran ketenteraa­n di Semenanjun­g Gaza,” tentera Israel menye- but dalam satu kenyataan.

“Selepas serangan itu, sebuah sel pengganas menembak sebuah pesawat ( Israel) dengan mesingan, tanpa memudaratk­annya. Pesawat (Israel) memintas sel pengganas.”

Tembakan mesingan turut membunyika­n penggera di selatan Israel, kata tentera.

Ia berkata bom berkenaan ditanam di sempadan ketika protes besar-besaran Gaza berlaku di kawasan itu. Tidak ada orang yang cedera dalam letupan yang berlaku.

Demonstras­i di pagar sempadan di antara wilayah Palestin itu dan Israel sejak hujung bulan lepas telah mencetuska­n pertelingk­ahan berdarah.

Sekurang- kurangnya 32 penduduk Palestin di Gaza sudah dibunuh oleh tentera Israel sejak 30 Mac.

Kebanyakan mereka mati ketika menyertai protes besar- besaran di sepanjang sempadan tetapi mangsa lain ditembak oleh kereta kebal.

Kumpulan Islamis Hamas sudah menguasai Gaza sejak 2007 dan sejak itu sudah mengadakan tiga peperangan dengan Israel. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SYAHID: Saudara-mara yang sedih mengerumun­i jenazah Hijaila di rumah mayat di hospital al-Shifa di Semenanjun­g Gaza semalam.
— Gambar AFP SYAHID: Saudara-mara yang sedih mengerumun­i jenazah Hijaila di rumah mayat di hospital al-Shifa di Semenanjun­g Gaza semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia