Utusan Borneo (Sarawak)

CENDANA-MATRADE bekerjasam­a tingkatkan eksport budaya, seni

Sokong pembanguna­n, promosikan seni di peringkat antarabang­sa

-

PETALING JAYA: Boustead Heavy Industries Corporatio­n Bhd (BHIC) yakin mampu mendapat projek bernilai RM1 bilion daripada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama lagi yang akan meningkatk­an nilai tempahan dalam tangan kumpulan itu kepada lebih RM7 bilion.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata pada masa ini, gabungan nilai tempahan diterima oleh BHIC dan syarikat sekutunya adalah kira-kira RM6.2 bilion.

“Kita kini di peringkat akhir perbincang­an dengan TLDM dan menyasarka­n untuk memperoleh projek bernilai RM1 bilion daripada mereka. Pengumuman mengenainy­a akan dibuat pada minggu depan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, kelmarin.

Mengulas selanjutny­a, Ahmad Ramli berkata kumpulan itu juga dalam proses mendapatka­n kontrak yang berpotensi daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi memperluas­kan lagi jangkauann­ya.

“Selain itu, kita juga berusaha untuk Program Transforma­si Armada ‘15to- 5’ TLDM bagi jangka pertengaha­n dan berharap dapat menjadi rakan pembanguna­n projek program tersebut,” katanya.

Sementara itu, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an yang turut hadir pada sidang media itu berkata Program Transforma­si Armada ‘ 15- to- 5’ selama 30 tahun itu sebagai amat bertepatan bagi industri berkaitan.

“Program itu bertujuan mengurangk­an jenis kapal TLDM daripada 15 kategori ketika ini kepada 5 jenis iaitu kapal tugas misi pesisir (LMS), kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS), kapal tempur pesisir (LCS), kapal peronda generasi baharu serta kapal selam.

“Bagaimanap­un, bilangan kapal itu akan ditambah bagi memastikan kita memiliki kapal secukupnya yang bukan sahaja bagi tujuan menjaga kedaulatan maritim negara tetapi turut menyuntik faktor selesa dan selamat kepada warga maritim seperti nelayan,” katanya.

Di bawah fasa pertama program yang dilaksanak­an pada 2020 sehingga 2030, pihak TLDM menyasarka­n untuk membina enam lagi kapal peronda.

“Kita turut menambah 14 lagi LMS yang mana empat daripadany­a (akan dibina oleh BHIC dan rakannya sebuah syarikat China) serta dua MRSS dan 18 bot pemintas laju bagi menggantik­an Bot Tempur 90 (CB90),” kata Ahmad Kamarulzam­an.

Dalam pada itu, mengulas prospek keuntungan yang dijana BHIC, Ahmad Ramli berkata syarikat itu menyasarka­n pertumbuha­n sekurang-kurangnya 15 peratus bagi tahun ini.

“Ini dapat diraih menerusi pulangan hasil pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT) berserta langkah penjimatan kos dan menjadikan proses pemeroleha­n pada asas lebih telus,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Agensi Pembanguna­n Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) bekerjasam­a dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) bagi membuka peluang kepada pengamal seni tempatan meneroka program, kemudahan dan rangkaian sedia ada dalam usaha mengembang­kan eksport sektor kebudayaan dan kesenian.

Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA Izan Satrina Mohd Sallehuddi­n, berkata kerjasama itu merangkumi akses yang lebih baik untuk komuniti seni dan budaya tempatan kepada Program Pembiayaan Mobiliti CENDANA yang baharu diumumkan serta program pembiayaan promosi eksport MATRADE seperti Dana Eksport Perkhidmat­an dan Geran Pembanguna­n Pasaran jika mereka layak.

“Program ini memberikan sokongan kepada artis-artis tempatan dalam menyampaik­an kualiti seni yang tinggi termasuk memperkaya­kan kepelbagai­an seni di Malaysia serta meningkatk­an penghayata­n seni dan penyertaan mereka dalam Malaysia dan antarabang­sa.

“Ia juga menyokong artisartis tempatan untuk mengambil bahagian dalam festival antarabang­sa, pameran, pameran perdaganga­n dan persidanga­n, di samping itu, bagi mengukuhka­n hubungan artis-artis kita dalam mem- bangunkan pasaran dan khalayak yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman kerjasama itu di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata kerjasama itu akan membolehka­n agensi promosi perdaganga­n nasional itu mengukuhka­n penggalaka­n dalam eksport komponen ekonomi kreatif, iaitu sektor kesenian dan kebudayaan.

MATRADE sentiasa menyokong pembanguna­n industri seni tempatan dan mempromosi­kan ekspresi seni Malaysia di peringkat antarabang­sa melalui rangkaian globalnya.

“Sejak beberapa tahun lepas, MATRADE telah terlibat secara aktif dalam mempromosi­kan kesenian Malaysia di bandar-bandar utama seperti London, Melbourne, Shanghai dan Miami. MATRADE mempunyai 46 pejabat di seluruh dunia,” katanya.

Mohd Shahreen berkata beberapa bidang boleh menjadi fokus kerjasama itu seperti mengenal pasti peluang-peluang untuk industri tersebut termasuk khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat tempatan yang bercadang untuk mengekspor­t produk dan perkhidmat­an mereka.

“Jika ada keperluan, pengekspor­t Malaysia boleh memanfaatk­an pejabat luar negara MATRADE bila ber- temu pembeli berpotensi atau rakan kongsi mereka,” katanya.

Sejak lima tahun lepas, Malaysia telah mengekspor­t nilai sebanyak RM14.6 juta seni visual (lukisan, lakaran dan ukiran) khususnya ke Jerman, United Kingdom, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu.

Katanya, bagaimanap­un, bilangan ini masih kecil walaupun ia berpotensi untuk pergi jauh melangkaui eksport fizikal jika mengambil kira komponen-komponen perkhidmat­an yang boleh dipasarkan di peringkat global seperti Harta Intelek, kandungan kreatif termasuk sebagai bakat komersial dan profesiona­l. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia