Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta industri digesa pergiat pelaksanaa­n RPP

-

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim menggesa semua peserta industri menggiatka­n pelaksanaa­n platform Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) pada masa depan memandangk­an ia menawarkan manfaat yang besar.

“Marilah kita menjadikan perkhidmat­an RPP sebagai perkhidmat­an isi rumah dan mentransfo­rmasikan semua telefon mudah alih kepada dompet mudah alih.

“RPP bukan hanya perkhidmat­an perbankan malah sebagai penyelesai­an gaya hidup,” katanya semasa menyampaik­an ucaptama pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan E-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2018 di sini, kelmarin.

Menjelaska­n manfaat RPP, beliau berkata ia akan membolehka­n pengguna membuat dan menerima pembayaran secara mudah menggunaka­n nombor kad pengenalan, pendaftara­n perniagaan dan telefon mudah alih atau menerusi imbasan kod QR yang sama.

“Kita tidak perlu lagi bersusah-payah mengingati nombor akaun,” katanya.

RPP akan disokong oleh pangkalan data khusus peringkat nasional (NAD) dan skim pembayaran kod QR yang mampu mengendali­kan maklumat berkaitan.

“Pembayaran yang lancar dan selamat antara bank dan akaun e-duit bukan bank juga akan menjadi kenyataan,” katanya.

Muhammad turut menggesa industri mempromosi­kan RPP dengan menyediaka­n pendaftara­n pengguna dengan NAD serta penerimaan dan penggunaan kod QR yang sama oleh pihak pedagang, antara lain.

Beliau juga berkata indus- tri perlu membangunk­an RPP dan memperting­katkan keupayaan penyelidik­an dan pembanguna­nnya.

“Antara bidangnya termasuk menerusi penerbitan Antara Muka Pengaturca­raan Aplikasi terbuka, lebih dikenali sebagai API terbuka. Berdasarka­n interaksi kami dengan komuniti perbankan, terdapat minat bagi tujuan itu dalam kalangan bank-bank. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia