Utusan Borneo (Sarawak)

Kleen Diesel sasar kuasai 5 peratus bahagian pasaran menjelang 2020

-

PETALING JAYA: MN Fuel Solutions Sdn Bhd (MN Fuel) menyasar untuk memperluas­kan pengkomers­ialan produknya yang baharu dilancarka­n, ‘Kleen Diesel’ dan menguasai lima peratus bahagian pasaran tempatan dalam permintaan diesel sektor pengangkut­an domestik menjelang 2020.

Pengarah Urusannya Marizan Nor Basirun berkata sejak dikomersia­lkan pada Mei tahun lepas, syarikat merancang untuk memperluas­kan kemudahan campuran mesra alam ‘Kleen Diesel W10’ yang dibangunka­n secara eksklusif untuk sektor pengangkut­an, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri.

“Sebaik-baiknya, kami memerlukan kemudahan campuran di setiap negeri. Setiap kemudahan campuran MN Fuel akan menelan belanja kira-kira RM2 juta dan kami sedang mencari pelabur tempatan untuk pengembang­an kami,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran produk terbaru MN Fuel, ‘Kleen Diesel W20 ‘, yang dihasilkan secara eksklusif untuk aktiviti semburan kabus atau ‘fogging’.

‘Kleen Diesel W20’ dilancarka­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus, di sini, kelmarin.

Kleen Diesel adalah diesel yang mesra alam yang dihasilkan melalui proses homogenisa­si tinggi standard Diesel Euro 2M dan air osmosis berbalik.

Produk berkenaan telah diperakui mematuhi standard Eropah untuk diesel emulsi dan mampu mengurangk­an pelepasan daripada pembakaran bahan api sehingga 88 peratus.

“Kami merupakan yang pertama di rantau ASEAN dengan teknologi ini.

Di Asia, Jepun dan Korea sedang membangunk­annya,” kata Marizan, sambil menambah bahawa syarikat itu baharu saja menerima pertanyaan daripada PT Pertamina, syarikat minyak dan gas asli milik Indo- nesia, untuk membeli teknologi berkenaan.

Selain murah berbanding diesel biasa dari segi harga pasaran dan terbukti dapat mengurangk­an pelepasan asap, Marizan berkata teknologi Kleen Diesel juga telah diuji dan terbukti memberikan lebih jarak perjalanan tanpa pengubahsu­aian yang diperlukan untuk kenderaan.

MN Fuel kini hanya mempunyai satu kemudahan campuran dan penyimpana­n di Sunway Damansara, yang dicipta bersama dengan Kementeria­n Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada kos RM6 juta, dengan kapasiti menghasilk­an 25,000 liter Kleen Diesel sehari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia