Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai jualan dagangan borong, runcit naik kepada RM97.3 bilion

-

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 7.5 peratus pada Februari 2018 kepada RM97.3 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata nilai jualan itu meliputi perniagaan perdaganga­n borong sebanyak RM47.6 bilion, perdaganga­n runcit (RM39.2 bilion) manakala perniagaan kenderaan bermotor (RM10.5 bilion).

Menurutnya, pertumbuha­n positif itu disumbangk­an oleh sektor perniagaan perdaganga­n runcit dan borong yang masingmasi­ng berkembang sebanyak 9.2 peratus dan 7.5 peratus.

Indeks volum perdaganga­n borong dan runcit meningkat 7.1 peratus kepada 158.0 mata pada Februari 2018 daripada tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Ini disokong oleh peningkata­n dalam perdaganga­n runcit sebanyak 8.1 peratus dan borong 7.9 peratus bagi tempoh terbabit, kata jabatan itu menerusi Laporan Indeks Volum Perdaganga­n Borong dan Runcit bagi Februari 2018 yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Indeks volum perdaganga­n borong dan runcit yang dibuat secara pelarasan bermusim, meningkat 0.8 peratus bagi Februari lepas berbanding bulan sebelumnya.

“Indeks volum perdaganga­n borong berkembang 7.9 peratus bagi tahun ke tahun kepada 165.9 mata pada Februari 2018 manakala bagi perbanding­an bulan ke bulan, indeks volum itu mencarat pertumbuha­n positif 0.6 peratus daripada Januari 2018.

“Nilai jualan perniagaan borong mencatat pertumbuha­n 7.5 peratus kepada RM47.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2017. Bagi perbanding­an bulan ke bulan, perniagaan ini mencatat pertumbuha­n negatif sebanyak 4.4 peratus,” kata jabatan itu.

Indeks volum bagi perniagaan runcit meningkat 8.1 peratus kepada 165.9 mata pada Februari 2018 berbanding bulan sama pada 2017.

Berbanding Januari 2018, indeks volum membabitka­n pelarasan bermusim itu telah meningkat 1.0 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia