Utusan Borneo (Sarawak)

MITI terima lebih 100 input mengenai dasar Industri Nasional 4.0

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) telah menerima lebih 100 input mengenai rangka kerja dasar Industri Nasional 4.0 daripada pihak berkepenti­ngan.

Menteri MITI Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kementeria­n itu masih memuktamad­kan draf itu selepas ia diletakkan dalam talian selama sebulan untuk mendapatka­n mak- lum balas.

“Maklum balas yang kami peroleh secara amnya dalam bidang pembiayaan dan infrastruk­tur.

Kami mengambil semua input mereka untuk dipertimba­ngkan dan kami merancang untuk melancarka­n rangka kerja tersebut pada Jun tahun ini,” katanya pada taklimat media selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Pengeluar Generasi Masa Depan 2018 di sini, semalam.

Dasar ini menggarisk­an beberapa strategi bagi Malaysia memulakan perjalanan yang akan mengubah landskap industri pembuatan dalam dekad akan datang, berdasarka­n tiga faktor peralihan untuk menggalak penggunaan industri adopsi Industri 4.0 iaitu penduduk, proses dan teknologi.

Beliau berharap dasar ini dapat memanfaatk­an inisiatif sedia ada dan men- ingkatkann­ya untuk memastikan sumber diuruskan dengan cekap.

Paling penting, Ong berkata, penerapan industri 4.0 harus menjadi pendekatan dari bawah kerana penggiat industri perlu mengambil peranan memacu dan menggerakk­an penggunaan yang pantas sementara kerajaan memainkan peranannya sebagai pemboleh.

Selain itu, beliau berkata banyak perniagaan dan penggiat industri di negara maju seperti Jerman, Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun telah melangkah ke dalam bidang Industri 4.0, menggunaka­n sistem fizikal siber secara holistik.

“Jiran-jiran ASEAN kita seperti Singapura, Thailand, Vietnam dan baru-baru ini Indonesia juga telah mengguna pakai Industri 4.0,” katanya.

Persidanga­n sehari itu dianjurkan oleh Neksus Produktivi­ti Elektrik dan Elektronik.

Persidanga­n ini bertujuan untuk mempercepa­t penggunaan Industri 4.0 dalam kalangan industri E & E dengan membawa penggiat industri, penyedia ekosistem dan agensi kerajaan utama untuk membincang­kan tentang perkara sebenar yang penting kepada syarikat apabila memulakan perjalanan Industri 4.0. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia