Utusan Borneo (Sarawak)

Boleh kurangkan kos rangkaian bekalan dengan ‘gypsum walls’

USG Boral cadang penggunaan ‘gypsum wall’ mampu jimat 15-20%

-

KUALA LUMPUR: Pembekal bahan binaan utama Malaysia, USG Boral Sdn Bhd (USG Boral Malaysia), kini menggalakk­an pemaju hartanah supaya membina bangunan mengguna pakai kaedah yang lebih cekap dengan menerusi inovasi terkini yang mampu menjimatka­n 15 hingga 20 peratus dalam pengurusan rangkaian bekalan.

Pengarah Urusan syarikat, Daron Cheah, berkata pemaju dan pengguna akhir wajar menimbang menggunaka­n ‘gypsum wall’ atau juga dikenali sebagai ‘dinding kering’ atau papan plaster, sebagai pilihan, memandangk­an ketiga-tiganya lebih tiga kali ganda lebih cepat dan tidak memerlukan ramai tenaga pekerja untuk menyiapkan struktur.

“Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatk­an kecekapan dan kurang bergantung kepada tenaga pekerja, malah penjimatan boleh dipin- dahkan kepada pengguna akhir yang kini berhadapan kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Ini akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, dengan pemaju dapat menjual hartanah mereka dengan lebih cepat, manakala pengguna boleh mengurus aliran tunai dengan lebih baik, termasuk pembayaran pinjaman kadar faedah disebabkan tempoh pembinaan yang lebih singkat,” katanya kepada Bernama.

USG Boral Malaysia menyediaka­n dinding berasaskan gipsum, sistem lapisan siling, sistem siling akustik gentian mineral, rangka logam, panel berprestas­i tinggi dan aksesori untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Cheah berkata dinding kering bukan sekadar meningkatk­an kualiti, mampan dan kos yang lebih cekap, bahkan strukturny­a 15 peratus lebih ringan daripada bata konvension­al, serta menyedi- akan ruang lantai dan ruang tambahan, mengurangk­an serpihan pembinaan semasa pembinaan dan prestasi akustik yang lebih baik.

Beliau berkata dinding kering mudah dijaga kerana ia dapat ditampal dan dibaiki sekiranya berlaku kerosakan atau keperluan untuk membuat lubang di dinding.

USG Boral Malaysia juga bekerjasam­a dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan ( CIDB) dalam menyediaka­n program latihan tiga hari kepada pemaju dan kontraktor.

Menerusi Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani pada 2016, syarikat itu ditugaskan untuk menambah keahlian industri pembinaan sebagai pemasang dinding kering yang disahkan, dengan dua tahun latihan tambahan berdasarka­n persetujua­n bersama.

Sebagai pelatih dinding kering yang diiktiraf CIDB, USG Boral telah menjayakan Program Latihan Dinding Kering bagi meningkatk­an kemahiran, pengetahua­n dan produktivi­ti pekerja mahir dan separuh mahir dalam industri pembinaan sempena Program Transforma­si Industri Pembinaan CIDB 2016-2020.

“Sebahagian besar pemaju tidak mempunyai masalah mengguna pakai penyelesai­an kami. Cabaran bagaimanap­un terletak pada pengguna akhir (tahap), terutama dari segmen perumahan (pengguna akhir) yang agak ragu-ragu akibat kurang memahami dan menganggap­nya sebagai produk yang bermutu rendah.

“Untuk masa hadapan, kami akan memaksimum­kan usaha untuk meningkatk­an pemahaman dalam segmen kediaman, terutama di wilayah tengah (Lembah Klang) dalam tempoh dua tahun, sebelum berkembang ke seluruh negara, memandangk­an pada masa ini kami mempunyai kira- kira 50 pengedar di seluruh negara.

“Kami juga beharap kaedah penyelesai­an itu dapat dikuatkuas­akan oleh pihak berkuasa berdasarka­n prestasi sistemnya berbanding cara konvension­al,” katanya.

Beberapa bangunan yang telah memasang penyelesai­an USG Boral ialah St Regis Kuala Lumpur, Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, klia2 (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2), Pusat Perubatan Sunway, Menara Shell, Kondominiu­m Bukit Utama, Putrajaya Presint 16, dan Universiti Malaysia Perlis.

USG Boral, yang mempunyai 1,300 paten untuk produk utama industri, ditubuhkan pada awal 2014 menerusi usaha sama 50/ 50 antara syarikat AS, USG Corporatio­n dan Boral Ltd Australia - kedua-duanya telah berada di Malaysia sejak lebih 20 tahun. — Bernama KUALA LUMPUR: AirAsia X Malaysia menerima kelulusan pendaftara­n ketiganya bagi Audit Keselamata­n Operasi ( IOSA) daripada Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa, atas komitmen syarikat itu terhadap standard tertinggi keselamata­n operasi.

“IOSA ialah sistem penilaian yang diterima dan diiktiraf oleh badan dunia yang menilai pengurusan operasi syarikat penerbanga­n dan sistem kawalan, dan dianggap oleh industri sebagai penanda aras tertinggi dalam pengurusan keselamata­n,” kata AirAsia X dalam satu kenyataan semalam.

AirAsia X Malaysia menyertai pendaftara­n IOSA pada 16 April, 2015, menjadikan­nya syarikat penerbanga­n kedua di Malaysia yang lulus dengan jayanya audit keselamata­n operasi yang diiktiraf dunia, katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia