Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan antarabang­sa menaruh keyakinan besar terhadap ekonomi Malaysia

-

LANGKAWI: Ahli perniagaan antarabang­sa menaruh keyakinan yang sangat besar terhadap ekonomi Malaysia sejak kerajaan melaksanak­an program Transforma­si Nasional (TN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau berkata banyak perkara yang telah dicapai sejak kerajaan yang diterajuin­ya melaksanak­an inisiatif TN yang membolehka­n negara mencatat hasil ekonomi begitu positif yang meyakinkan pelbagai entiti perniagaan di seluruh dunia.

“Mereka (ahli perniagaan antarabang­sa) tahu bahawa Pendapatan Negara Kasar ( PNK) meningkat lebih daripada 50 peratus. Mereka sedar bahawa hampir 2.7 juta pekerjaan telah diwujudkan. Mereka tahu bahawa defisit fiskal telah berkurang kepada tiga peratus pada 2017, turun daripada 6.7 peratus pada 2009,” katanya.

Beliau mendedahka­n maklumat ini semasa merasmikan pusat peranginan Ritz-Carlton Langkawi, sebuah resort bertaraf lima bintang di sini.

Menurut beliau, pembukaan pusat peranginan ini merupakan contoh terkini berhubung keyakinan berterusan yang ditunjukka­n entiti perniagaan antarabang­sa berhubung ekonomi negara.

Najib berkata kerajaan yang dipimpinny­a sentiasa memikirkan kepentinga­n rakyat Malaysia memandangk­an pertumbuha­n ekonomi yang dinikmati negara adalah inklusif dan mampan tanpa ada yang ketinggala­n.

Katanya beliau telah merangka pelan ekonomi secara besar-besaran untuk negara bagi merintis jalan kepada rakyatnya untuk menikmati pendapatan yang lebih tinggi.

“Sebab itulah, saya tidak sabar untuk mendapatka­n lebih banyak pelaburan bukan hanya di Langkawi, tetapi juga di kawasan lain di Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau bersetuju dengan idea mewujudkan lebih banyak outlet beli-belah premium di pulau ini dan menggesa penggiat industri dan pelabur untuk bekerjasam­a merealisas­ikannya.

“Kami akan terus membangunk­an Langkawi pada masa depan… tetapi sudah tentu, kejayaan rancangan kami bergantung kepada apa yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang,” katanya secara berjenaka, merujuk kepada pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAKITANGAN HOTEL: Najib bergambar bersama Onn (enam kiri) serta kakitangan hotel selepas menyempurn­akan perasmian The Ritz-Charlton Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama KAKITANGAN HOTEL: Najib bergambar bersama Onn (enam kiri) serta kakitangan hotel selepas menyempurn­akan perasmian The Ritz-Charlton Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia