Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi TEKUNPay mudahkan bayaran pinjaman usahawan TEKUN

-

KEMAMAN: Hanya dua peratus daripada usahawan kecil yang menerima bantuan pinjaman di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) menggunaka­n aplikasi TEKUNPay sebagai saluran untuk membayar pinjaman.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Baharom Embi berkata walaupun penggunaan aplikasi dalam talian yang diperkenal­kan sejak Julai tahun lepas itu masih rendah, beliau yakin saluran mudah bagi membayar pinjaman itu akan meningkat.

“Kalau boleh kita mahu usahawan TEKUN di seluruh negara menggunaka­n aplikasi itu kerana selain memudahkan usahawan membayar pinjaman, ia juga membantu usahawan menyemak segera baki pinjaman serta sebarang bayaran yang dikreditka­n Tekun Nasional ke akaun bank masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis Kempen Jom Daftar TEKUNPay oleh Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, sempena Karnival Usahawanit­a 2018 dan ROAD TO MAHA 2018 di Pantai Kuala Kertih di sini.

Baharom berkata sejak aplikasi itu diperkenal­kan sebanyak RM638,443 bayaran pinjaman dikutip melalui 2,728 transaksi.

Beliau berkata sejak Januari ini usahawan Sabah adalah pengguna terbanyak aplikasi itu iaitu seramai 495 orang dengan jumlah transaksi sebanyak RM118,951 diikuti Johor dengan 384 orang (RM83,381) dan Selangor sebanyak 234 orang (RM52,372).

TEKUNPay yang dilancarka­n oleh Ahmad Shabery pada Feb lepas merupakan sebahagian inisiatif TEKUN Nasional untuk meningkatk­an bayaran balik usahawanny­a apabila mereka boleh menggunaka­n telefon pintar dan akses Internet untuk memuat turun aplikasi iu dan mudah membuat bayaran hutang setiap bulan tanpa perlu beratur di kaunter.

“Ibaratnya kini kita ingin mewujudkan satu sistem di mana perbankan di hujung jari... para usahawan juga termasuk makcik-makcik di kampung pun boleh membuat sendiri semakan rekod bayaran, jumlah tunggakan dan baki pembiayaan mereka,” katanya.

Menurutnya­wargaTEKUN Nasional kini giat menemui usahawan sebagai kempen menyedarka­n golongan itu berhubung kebaikan penggunaan aplikasi itu yang dapat membantu memudahkan mereka serta menjimatka­n masa dan kewangan mereka.

“Seperti kita tahu usahawan TEKUN Nasional juga ramai terdiri dari kalangan penduduk di kawasan pedalaman...jadi kini mereka tidak perlu lagi keluar ke bandar setiap bulan atau setiap minggu semata- mata untuk membayar pinjaman,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia