Utusan Borneo (Sarawak)

NIE BANTU SEKOLAH CAPAI KELULUSAN 100 PERATUS BI

-

“JIKA anda gagal dalam Bahasa Inggeris (BI), anda gagal dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” kata guru Bahasa Inggeris di SK Tungkah Melayu, Bakeri Pawi.

Bakeri, yang sudah mengajar mata pelajaran itu selama 30 tahun, tahu bahasa Inggeris adalah sesuatu yang asing sama sekali bagi kebanyakan murid ketika mereka mula belajar di sekolah dalam daerah Sebuyau itu.

Ini adalah kerana mereka tidak ada akses kepada bahan bacaan dalam bahasa Inggeris di rumah dan kemungkina­n besar tidak pernah mendengar rakan-rakan atau ahli keluarga mereka berkomunik­asi dalam bahasa tersebut.

Maka itu, mempelajar­i mata pelajaran itu adalah satu cabaran besar bagi murid-murid, di mana hanya segelintir yang dapat mengikuti pelajaran, manakala ramai lagi tidak berminat.

Bagaimanap­un, sejak pengenalan program ‘Newspapers in Education’ (NIE) di SK Tungkah Melayu, Bakeri telah menyaksika­n perubahan yang amat besar.

“Kanak-kanak sekarang ada akses kepada lebih banyak bahan Inggeris dan kami sebagai guru ada alternatif kepada buku teks,” katanya.

“Akhbar menyediaka­n bahan sokongan kepada proses pengajaran kami. Akhbar adalah sumber maklumat yang sangat bagus. Pelbagai bahagian dan topik ada dalam akhbar. Ia meliputi hampir semua topik.”

Beliau menjelaska­n akhbar membantu meningkatk­an lagi kemahiran membaca kanak-kanak, selain menambahka­n lagi perbendaha­raan kata mereka.

“Bagi sebahagian murid kami yang tidak ada latar belakang Inggeris, dan tidak bercakap bahasa Inggeris di rumah, akhbar telah banyak membantu mereka,” katanya.

Loddy Ajab, seorang lagi guru bahasa Inggeris di sekolah berkenaan, berkata tahun 2017 menandakan kali pertama murid-murid mencapai kadar kelulusan 100 peratus dalam Bahasa Inggeris UPSR.

“Kami sangat gembira kerana akhbar The Borneo Post dapat berkongsi dan memberi bahan kepada kami untuk membantu murid-murid dalam bilik kelas. Kami amat menghargai perkara ini kerana akhbar ini benarbenar membantu dalam pembacaan mereka ramai sekarang dapat membaca dengan fasih,” katanya.

Loddy berkata guru menggunaka­n strategi yang mudah — memberi peluang kepada muridmurid untuk membaca akhbar tersebut pada awal pagi.

“Kami memberi mereka masa 10 minit untuk membaca akhbar, terutamany­a pada Hari Bahasa Inggeris iaitu Isnin. Kami memberi masa 10 minit kepada mereka sebelum pelajaran formal untuk membaca, sekurang-kurangnya satu artikel sehari,” kata guru wanita itu.

Selain membantu mereka membaca dengan fasih, Loddy berkata, akhbar juga telah membantu muridmurid­nya membentuk ayat-ayat yang lebih baik.

“Semua kita tahu ayat-ayat dalam akhbar ditulis dengan pilihan perkataan yang terbaik dan penggunaan perbendaha­raan kata yang betul,” katanya.

Beliau memberitah­u, untuk UPSR 2017, semua muridnya lulus kefahaman Inggeris — kali pertama dalam sejarah sekolah itu.

Loddy mengaitkan ini dengan ilmu pengetahua­n yang diperolehi daripada latihan yang dikendalik­an oleh pakar bahasa The Borneo Post untuk guruguru.

Aktiviti yang direka menerusi program berkenaan telah menjadikan pembelajar­an lebih menarik dan interaktif bagi murid-murid.

“Contohnya, apabila kita bermain dengan kata kerja (verbs), murid-murid akan mencarinya di dalam akhbar, membulatka­nnya, menulisnya. Dan muridmurid juga menghasilk­an kamus mini sendiri daripada perkataan yang dijumpai di dalam akhbar. Mereka mengguntin­g gambar dalam akhbar, melekatnya di dalam buku-buku mereka dan menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu,” katanya.

Sebagai sekolah luar bandar, Loddy berkata akhbar juga telah mendedahka­n muridmurid kepada “dunia luar” kerana ramai yang tidak memiliki televisyen atau mendapat peluang untuk melayari Internet seperti rakan-rakan mereka di bandar.

Bagi guru Bahasa Inggeris di SK Raba, Nur Safrina Mustapha, program NIE juga memupuk tabiat baik di kalangan murid-murid.

“Dengan tabiat ini, ia bukan sahaja meningkatk­an lagi ilmu pengetahua­n murid-murid tetapi juga memperbaik­i perbendaha­raan kata dan kemahiran bahasa mereka,” katanya.

Dia berkata, program NIE turut menyediaka­n guru dengan aktiviti menarik untuk membantu murid-murid belajar.

“Mereka telah membuat sudut NIE, buku skrap dan ini bukan hanya memberi berita dunia kepada muridmurid setiap hari, tetapi juga mengembang­kan ilmu pengetahua­n dan kemahiran bahasa mereka selain meningkatk­an lagi perbendaha­raan kata mereka,” tegasnya.

Seorang lagi guru Bahasa Inggeris di SK Raba, Joseph Rabong, merasakan bahawa Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran paling sukar bagi murid-murid di luar bandar.

“Jika anda pergi ke mana-mana sekolah di kawasan luar bandar, mereka akan memberitah­u anda bahawa Bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran ‘killer’. Bagaimanap­un, sejak pengenalan NIE, peningkata­n telah dicapai. Akhbar membantu kami mendedahka­n murid-murid untuk mula menggunaka­n bahasa itu. Akhbar banyak membantu,” katanya.

“Akhbar merupakan alat pengajaran yang sangat berguna dan saya dapat memerhatik­an penguasaan bahasa Inggeris oleh murid-murid sudah bertambah baik. Begitu banyak perkara bagus terdapat dalam akhbar, terutamany­a satu bahagian dalam The Borneo Post – sisipan tabloid ‘Good English’, yang ada kaitan dengan kertas peperiksaa­n seperti segmen ‘idiom’.”

Joseph berkata murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam mempelajar­i bahasa Inggeris menggunaka­n akhbar, terutamany­a apabila ada kerja berkumpula­n.

Di SMK Sebuyau, guru Bahasa Inggeris, Ibrahim Marset, menegaskan dengan akses kepada akhbar setiap hari, pelajarnya ada akses kepada dunia di luar Sebuyau.

“Kita ada isu-isu yang berlainan setiap hari. Jika dibandingk­an dengan buku teks, buku teks kadang-kadang sudah berusia 10 atau 11 tahun, dengan teks sama, bahan sama, artikel sama, tetapi apabila kita ada akhbar, kita ada isu berlainan, teks berlainan, perkataan berlainan, gambar berlainan setiap hari — inilah perkara yang sangat bagus mengenai akhbar di mana kita mempelajar­i begitu banyak perkara baharu setiap hari,” jelasnya.

“Saya ingin menegaskan apa yang pernah disebut oleh pensyarah saya — belajar adalah satu proses sepanjang hayat. Maka itu, apabila saya tidak ada kelas atau perlu duduk dalam kelas lain, inilah apa yang saya biasa buat, ajak mereka duduk bersama saya dan baca akhbar,” katanya, dan menunjuk kepada gambar sekumpulan pelajar yang membaca akhbar di granstan padang sekolah.

Menteri Muda Jalan Pesisir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata, sejak tahun lepas, beberapa sekolah di Sebuyau telah mendapat manfaat daripada program NIE dengan menggunaka­n The Borneo Post sebagai alat pembelajar­an untuk menambah baik kemahiran dalam bahasa Inggeris.

Di bawah program itu, Julaihi membiayai langganan bagi The Borneo Post untuk kesemua 19 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Sebuyau menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP).

“Saya mendapati dan turut dimaklumka­n bahawa program NIE telah memanfaatk­an kanak-kanak sekolah dalam konstituen­si ini, untuk memperbaik­i tahap kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris. Maka itu program seperti ini akan diteruskan pada tahun ini,” kata Julaihi ketika merasmikan sambutan Hari Guru bagi Zon Sebangan di SK Haji Bujang, Sebangan barubaru ini.

Julaihi memberitah­u, Pengerusi Majlis Guruguru Besar Zon Sebangan Mohd Ramlan Bohari telah memaklumka­nnya bahawa sekolah dalam zon itu adalah antara yang terbaik di Simunjan bagi Bahasa Inggeris khususnya kerana program NIE.

Beliau menggesa guru, ibu bapa dan pelajar untuk menggunaka­n sepenuhnya kemudahan bagi meningkatk­an lagi penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris dan pada waktu yang sama memperbaik­i pencapaian akademik mereka pada keseluruha­nnya.

“Kita mesti menaruh azam yang tinggi untuk sama-sama bekerja demi kebaikan anakanak kita supaya mereka berjaya dalam pelajaran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TINGKATKAN BAHASA INGGERIS: Guru-guru Bahasa Inggeris di SMK Sebuyau bergambar di hadapan Papan Buletin Bahasa Inggeris sekolah tersebut.
TINGKATKAN BAHASA INGGERIS: Guru-guru Bahasa Inggeris di SMK Sebuyau bergambar di hadapan Papan Buletin Bahasa Inggeris sekolah tersebut.
 ??  ?? AKTIVITI MENARIK: Guru-guru Bahasa Inggeris di SMK Sebuyau bergambar di dalam pondok aktiviti Bahasa Inggeris.
AKTIVITI MENARIK: Guru-guru Bahasa Inggeris di SMK Sebuyau bergambar di dalam pondok aktiviti Bahasa Inggeris.
 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Kakitangan SK Raba kelihatan bersama seorang pegawai dari pusat perkhidmat­an Julaihi.
KERJASAMA ERAT: Kakitangan SK Raba kelihatan bersama seorang pegawai dari pusat perkhidmat­an Julaihi.
 ??  ?? KREATIF: Ibrahim menunjukka­n salah satu poster Bahasa Inggeris di SMK Sebuyau.
KREATIF: Ibrahim menunjukka­n salah satu poster Bahasa Inggeris di SMK Sebuyau.
 ??  ?? GUNA PROGRAM NIE: Gambar SK Raba di Sebuyau yang diambil dari atas bukit.
GUNA PROGRAM NIE: Gambar SK Raba di Sebuyau yang diambil dari atas bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia