Utusan Borneo (Sarawak)

MASIH BERGELUT KECEDERAAN PINGGANG

Kim Chi tidak diturunkan pada perlawanan menentang UKM FC aksi Liga Premier 2018 petang ini

-

KUCHING: Pemain bek Sarawak dari Korea Selatan, Kim Chi-Gon tidak akan diturunkan pada perlawanan Liga Premier 2018 menentang UKM FC di Stadium Negeri, Petra Jaya petang ini (4.15).

Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan berkata Kim m a s i h bergelut d e n g a n kecederaan b a h a g i a n pinggang d i - alaminya semasa menjalani latihan sebelum pertemuan menentang MIFA pada Isnin lalu. “Kim tidak diturunkan esok ( hari ini) kerana masih belum pulih daripada kecederaan pinggang. Ia satu kehilangan besar dalam persiapan skuad kita untuk berdepan UKM nanti.

“Apapun, kita telah bersedia dengan sebarang kemungkina­n yang berlaku dan masih mempunyai pemain- pemain lain untuk menggantik­annya beliau di posisi tersebut,” katanya ditemui pada sesi latihan di sini petang semalam.

Mengenai persiapan menentang UKM FC, Ian berkata Sarawak tidak mengambil mudah lawan berstatus kelab yang sedang menduduki tangga tercorot ketika ini.

Untuk itu, beliau akan melakukan sedikit rombakan dan akan menurunkan kesebelasa­n terbaik untuk memastikan skuadnya meraih tiga mata penuh.

“Kita akan melakukan sedikit rombakan terutamany­a di bahagian serangan. Saya tidak akan ambil mudah kemampuan lawan dan mempertaru­h barisan terkuat bagi memburu kemenangan,” katanya.

Menurut Ian, kemasukan semula pertahanan lincah - Dzulazlan Ibrahim yang bebas daripada penggantun­gan menambah tonik baharu kepada barisan Sarawak untuk mencipta kemenangan nanti.

Apa yang pasti, penyerang kelahiran Sabah, Bobby Gonzales yang menjaringk­an gol kemenangan Sarawak semasa menumpaska­n MIFA Isnin lalu sekali lagi menjadi taruhan untuk merobek gawang UKM sambil digandingk­an bersama Mateo Roskam.

“Kim tidak diturunkan esok ( hari ini) kerana masih belum pulih daripada kecederaan pinggang. Ia satu kehilangan besar dalam persiapan skuad kita ” untuk berdepan UKM nanti. Ian Andrew Gillan Ketua Jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ?? IAN ??
IAN
 ??  ?? Oleh Harry Ilias
Oleh Harry Ilias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia